Suzuki Malaysia Automobile (SMA) membuka tirai Suzuki Mega Roadshow di Kuala Lumpur semalam yang bakal menjadi bulan yang penuh dengan tawaran hebat untuk semua model Suzuki dan bakal berakhir pada 29 Disember 2013. Antara model yang ditawarakan termasuklah Swift, yang telah menerima anugerah Autocar Asean Car of The Year 2013 dalam kategori Supermini/ Small Sedan, manakala Swift Sport yang menjadi pemenang kategori Small Sports/ Performance car. Swift juga dianugerahkan sebagai“Best Local Assembled Compact Car” oleh Asian Auto Allianz Industry Awards 2013.
Promosi bulan Disember juga menawarkan pelanggan rebat tunai sehingga RM12,000. Bagi pembelian Swift GL, rebat tunai berjumlah RM4,000 ditawarkan, manakala GLX rebat tunai yang ditawarkan berjumlah RM3,000. Pembeli kedua-dua model ini juga menikmati kadar pembiayaan rendah 1.88% setiap tahun dari MayBank atau RHB Islamic Bank.
Untuk Swift Sport dengan transmisi auto dan manual rebat tunai berjumlah RM500 ditawarkan. Bagi yang berminat dengan model Alto dan Grand Vitara bakal menikmati rebat tunai berjumlah RM4,000 dan RM8,000, manakala SX4 hatchback menikmati rebat tunai berjumlah RM5,000. Sedan premium Suzuki, Kizashi pula mendapat rebat tunai berjumlah RM12,000.
Peminat Suzuki boleh memandu uji model idaman mereka di beberapa lokasi Suzuki Mega Roadshow seluruh negara:
29 Nov – 1 Dis (Jumaat – Ahad)
i. Berjaya Time Square, KL
30 Nov – 1 Dis (Sabtu – Ahad)
i. Desa Park City Mall, KL
5 – 7 Dis (Khamis – Sabtu)
i. Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah
13 – 15 Dis (Jumaat – Ahad)
i. City One Mall, Kuching, Sarawak
ii. One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
19 – 21 Dis (Khamis – Sabtu)
i. East Coast Mall, Kuantan, Pahang
ii. Mydin Mall, Kuala Terengganu, Terengganu
27 – 29 Dis (Jumaat – Ahad)
i. Gurney Plaza, Penang
ii. Dataran Pahlawan, Melaka
iii. City Square, Johor Bahru, Johor
Tarikan menarik lain yang tidak perlu dilepaskan semasa Suzuki Mega Roadshow ialah 500 pelanggan Suzuki SWIFT yang berjaya didaftarkan di lokasi Suzuki Mega Roadshow bakal berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah menarik antaranya, Hadiah Utama percutian untuk 2 orang ke Jepun yang ditanggung sepenuhnya, TV LED 60” & sistem Home Theater, Akaun Simpanan dengan ASN/ASB bernilai RM10,000 dan baucer membeli-belah Parkson bernilai RM5,000 (mengikut terma dan syarat).
KOMEN TERKINI