ARKIB

KATEGORI

Buletin

Thailand jadi destinasi terbaru Proton Suprima S

Views

PIC 1

Selepas Indonesia, Australia dan Brunei, Thailand pula menjadi destinasi terbaru Proton Suprima S. Hoatchback terbaru keluaran Proton itu diperkenalkan semasa Thailand International Motor Expo 2013 di Bangkok. Duta Malaysia ke Thailand Yang Berbahagia Datuk Nazirah Hussain bersama Ketua Pegawai Operasi Proton (Komersil), En Hisham Othman hadir untuk melancarkan model tersebut. Hadir sama Pengarah Urusan Phranakorn Auto Sales, Mr. Thawatchai Jungsanguanpornsuk. Phranakorn Auto Sales merupakan pengedar tunggal kereta Proton di Thailand.

Hanya variant Premium ditawarkan untuk Proton Suprima S yang dijana oleh enjin Turbo 1.6L dan dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan ProTronic CVT. Suprima S mampu menjana kuasa dan kilasan menyamai enjin 2.0L aspirasi natural. Enjin 1.6L itu menghasilkan 140 PS pada 5000rpm dengan daya kilasan maksimum 205Nm dari 2000 hingga 4000rpm. Seperti model Proton yang lain, ia turut mendapat sentuhan LOTUS Ride and Handling yang menjadikan pemanduan dan pengendalian Suprima S terbaik dalam kelasnya.

Proton Suprima S turut mendapat penarafan 5-bintang Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) yang menjadikannya penanda aras dan kualiti terbaik yang Proton berikan kepada pelanggannya. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini ialah Hill-Hold Assist, Electronic Stability Control (ESC) dengan brake assist, Traction control, ABS dengan EBD, Active Headrests, seat belt pre-tensioners, pengunci pintu automatik, sensor hadapan dan belakang serta front kamera undur.

Proton Suprima S juga didatangkan dengan kemasan dalaman kulit sepenuhnya, butang penghidup enjin, paddle shift dan auto cruise. Suprima S kini dibuka untuk tempahan di Thailand dengan harga THB805,000 (atas jalan). 5 pilihan warna ditawarkan iaitu: Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquility Black.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


  • Kadang-kala saya tertanya-tanya sama ada kualiti kereta preve/suprima yang dieksport adalah lebih baik berbanding preve/suprima pasaran tempatan. Atau sama je?

    Saya telah menggunakan preve selama setahun dan saya dapati kualiti pemasangan kereta global proton amat mengecewakan sekali. Pelbagai bunyi yang entah dari mana timbul. Banyak penyelesaian DIY terpaksa dibuat walaupun ia tidak menyelesaikan masalah 100%. perbincangan di forum2 dibuat bagi berkongsi masalah dan penyelesaian yang boleh dibuat.

    Saya tahu kereta lain pun ada masalah masing2 tapi saya sebagai pengguna proton sudah tentu mengharapkan masalah2 yg timbul dari sebuah kereta baru dapat diselesaikan. WD40 tu dah menjadi teman setia. Bunyi dalam dashboard pun tidak boleh DIY.

    Seorang rakan saya mengambil keputusan untuk membeli vios baru berbanding preve selepas memandu uji kedua2 model berkenaan. Alasan yg diberi adalah, walaupun spec preve jauh lebih canggih, namun beliau kecewa dgn kualiti interior, bunyi enjin/CVT yang mengganggu serta bunyi yg entah dari mana timbul. Mungkin ketika beliau memandu uji, kereta preve tersebut sudah dipandu secara lasak. Entahlah.

    Saya tahu tiada kereta yang sempurna. Namun saya masih mengharapkan proton dapat memasang kereta mereka dengan lebih baik. tiada org boleh tahan kalau memandu, tetapi tempat duduk boleh berbunyi “kriuk”.


  • Kadangkala saya tertanya2 samada kualiti kereta preve/suprima yg dieksport sama dengan preve/suprima untuk pasaran tempatan. atau sama saja?

    Bukannya apa, sebagai pengguna preve yang baru berusia setahun, saya agak kecewa dengan kualiti pemasangan proton preve. Pelbagai bunyi yang entah dari mana timbul. Forum dan internet menjadi medan perbincangan bagi berkongsi masalah dan menyelesaikan secara DIY. Itu pun belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut. Entah berapa banyak WD40 sudah saya semburkan.

    Seorang rakan saya telah mengambil keputusan untuk membeli vios selepas memandu ujinya dan preve. Walhal sebelum ini beliau begitu teruja dengan spec preve. Alasan beliau adalah, beliau tidak tahan dengan kualiti dalaman, bunyi enjin/CVT yang mengganggu serta bunyi2 yang keluar ntah dari mana ketika memandu uji preve. Beliau tidak mahu mengambil risiko dan menjadi seperti saya yang menjadi mekanik kecil. Saya tidak salahkan beliau kerana mmg itulah keadaannya.

    Saya tahu ramai yg akan cakap kereta lain pun ada masalahnya, Dan tiada kereta yg sempurna. tetapi sebagai pembeli proton, sudah tentu saya mengharapkan proton memasang kereta mereka dengan baik. Siapa yang tahan kalau sedang memandu, seat berbunyi “kriuk”.


  • Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan 60 unit Myvi Edisi Terhad FEM (Female Empowerment Movement) kepada golongan wanita sebagai usaha bagi menjayakan kempen FEM yang memberi fokus kepada golongan terbabit.

    Kempen terbabit menyaksikan PERODUA menawarkan Myvi dilengkapi pelekat trendy, kusyen kulit dan warna putih Ivory. Semua ciri istimewa itu bernilai RM4,000 dan apa paling menarik, harga unit terbabit tetap berada pada harga semasa iaitu RM56,000 seunit.

    http://www.hmetro.com.my/articles/Myviuntukwanita/Article

    P/S:- Auwww…..


  • sy penguna proton exora. memang tak dinafikan kualiti proton masih rendah jika dinding dengan kereta import.
    tapi kita kena sedar yg dengan harga yang di tawarkan kita masih jimat dan saya puas pujuk perasaan begitu kerana bila bandingkan dengan kereta import jauh terasa kualiti ketinggalan kerana faham sahaja lah bila anda dah beli.

    apapun itu tak bermakna kereta proton tak baik. disebabkan harga murah lah kereta ini dijadikan teksi. exora. blm. pesona. wira. iswara. dan jika kita lihat walaupun teksi ini dibelasah 24 jam. hanya dengan ngv tapi masih gagah berkhidmat kepada pemilik nya. ini bermakna proton tatap bagus cuma kita. rakan kita. masyarakat yg menyimpan tanggapan negatif terhadap kemampuan proton.
    kelebihan proton pada sy.
    Spare parts senang.
    ramai Pomen pandai repair.

    jika di hati ada rasa rag2 pada proton sy nasihat jangan beli dan jangan kutuk lah.

    cuma sedikit nasihat. pastikan anda mampu bayar bulanan. maintenan. parking. tol. rotex.saman. insurans. kerosakan yg tak diduga. sebab ada antara kereta nee jika kita banyak duit pun belum tentu kita dapat Spare parts nyee. jika mampu tok sah nak cerita jet peribadi pun kita boleh beli.

    gaji yg kita terima kena diimbangkan dengan sewajarnya. jika semua untuk kereta hanya kerana mengejar impian menikmati pemanduan kita juga akan menyesal beli kereta nee kejap je dah turun harga.

Leave a Reply