ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teka nama SUV pertama Proton dan menang hadiah bernilai lebih RM100,000

Views

Bermula Isnin, 2 April 2018, Proton telah melancarkan undian secara dalam talian bagi menjemput orang ramai untuk memilih nama SUV pertamanya. Undian ini akan berlangsung selama sebulan menerusi laman Facebook rasmi Proton Cars dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa perlu membuat sebarang pembelian.

Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, SUV baharu ini merupakan simbol pencapaian negara dan Proton ingin berkongsi peristiwa yang bermakna ini bersama rakyat Malaysia. Ganjaran bakal diberikan kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan seramai lima orang responden yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang.

Baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi. Pakej hadiah yang ditawarkan adalah undangan eksklusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di trek ujian Proton di Shah Alam.

Selain itu juga orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Jika nama tersebut dipilih, seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.

SUV ini adalah model pertama Proton yang dibangunkan bersama Geely. Ia juga merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium. Ia juga merupakan salah satu produk yang bakal menaikkan nilai jenama Proton pada tahun-tahun yang akan datang.

Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut. Untuk mengundi, klik pautan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply