ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teknologi EV Proton akan diumumkan tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) sedang mengemas kini dan menilai teknologi kenderaan elektrik (EV) dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Faisal Albar, berkata perkara itu adalah maklum balas daripada hasrat kerajaan supaya pengeluar kereta nasional memperkenalkan produk EV dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ujar beliau, pihaknya sedang melaksanakan apa yang perlu untuk memperkenalkan kereta EV pertama. Justeru, buat masa ini Proton sedang mengemaskini dan menilai teknologi EV.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada pelancaran Proton S70 di Kuala Lumpur, hari ini. Proton S70 dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Yang turut hadir Pengerusi DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

April lalu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional itu mempercepatkan pelan kenderaan elektrik (EV) apabila merancang untuk memperkenalkan model tempatan pertama seawal 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.

Katanya, langkah mempercepatkan pengenalan model EV pertama keluaran Proton adalah selaras dengan komitmen kerajaan yang memberi sokongan kukuh kepada perkembangan EV di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Roslan berkata, Proton sedang giat mengenalpasti model yang bersesuaian untuk diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pelanggan tanpa berkompromi dari aspek harga mampu milik dan praktikal.

Terdahulu pada Februari lalu, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perindustrian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri, dilaporkan berkata, pengeluaran EV mampu milik untuk pasaran massa di negara ini dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.

Justeru, beliau berkata, bagi menawarkan EV mampu milik secara massa, sudah pasti ia memerlukan kerjasama daripada pengeluar kereta tempatan iaitu Proton dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Katanya, MITI sedang berunding dengan pengeluar kereta tempatan bagi membantu mereka mengeluarkan EV mampu milik bagi pasaran tempatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply