ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S70 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - PROTON S70 (2023)

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model sedan terbaharu Proton iaitu S70 yang baharu sahaja dilancarkan hari ini.

Proton S70 (varian Executive) telah dinilai di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025 dan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 82.95 mata.

Protokol terkini ini adalah berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Berikut adalah cerakinan skor bagi keputusan ujian untuk model Proton S70:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.46 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.02 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 15.71 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 13.75 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Proton S70 didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan seperti enam (6) beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Antikunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan belakang, Pengesanan Titik Buta (BSD) di kedua-dua sisi kenderaan, Pengesanan Kehadiran Kanak-kanak (CPD), Teknologi Perlindungan Pejalan Kaki (CPD), dan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) sebagai kelengkapan standard untuk semua varian.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Bukan itu sahaja, beberapa ciri teknologi bantuan keselamatan termaju juga ditawarkan sebagai pilihan, antaranya Antaranya Brek Kecemasan Kendiri (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar, AEB Pejalan Kaki, Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA) dan Sistem Peringatan Keletihan Memandu (FDRS).

Sepertimana model-model terdahulu lain yang menjalani protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025, ASEAN NCAP juga melakukan penilaian ke atas kefungsian teknologi AEB dan BSD yang dipasang pada S70.

Selain itu, ASEAN NCAP turut menilai secara fizikal kefungsian AHB yang ditawarkan dalam model S70 baharu dengan ujian fizikal telah dijalankan mengikut protokol ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply