ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Chevrolet Colorado baharu kini dibuka

Views

Bagi pemintat trak pikap keluaran Amerika, ini ada berita baik buat anda! Naza Quest Sdn Bhd yang merupakan pengedar sah kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia telah mengumumkan trak pikap Chevrolet Colorado versi naiktaraf (facelift) kini dibuka untuk tempahan. Ia bakal dijual dengan harga bermula dari RM95,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).

Trak pikap tersebut baru baru ini telah membuat debut sempena Naza Merdeka Auto Fair 2016 yang berlangsung di Naza Automall awal September lalu. Tiga pilihan enjin akan ditawarkan dalam lima varian berbeza. Untuk pilihan pertama, Chevrolet masih mengekalkan enjin 2.5L turbodiesel Duramax berkuasa 161 hp/380 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan manual.

Pilihan yang kedua adalah enjin 2.5L turbodiesel Duramax dengan pengecas turbo Geometri Berubah-ubah (VGT). Ia telah memenuhi piawaian Euro 4 dengan kuasa 177 hp pada 3,600 rpm dan daya kilas maksima 440 Nm pada 2,000 rpm. Enjin yang ketiga yang dikatakan paling berkuasa dalam barisan enjin Colorado adalah enjin 2.8L Duramax turbodiesel. Ia mampu menghasilkan kuasa 193 hp pada 500 Nm, namun telah dipertingkatkan aspek NVHnya.

10 USP SPECS

Rekabentuk wajah Colorado baharu ini nampak lebih gagah dan tegap dengan rekaan baharu lampu hadapan dan jeriji selain lampu nyalaan siang LED. Bahagian dalamannya turut dipertingkatkan dengan papan pemuka serba baharu dengan kemasan dan penggunaan plastik yang lebih lembut. Dibahagian tengah papan pemuka pula menampilkan skrin sesentuh yang menggunakan aplikasi MyLink terkini, termasuk sistem Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian tertinggi Colorado baharu turut dilengkapi sistem penghawa dingin automatik, kamera undur, penderia parkir hadapan dan belakang serta penghidup enjin dengan kawalan jauh. Dari segi keselamatan, Colorado dilengkapi dengan empat beg udara (dua di hadapan dan dua lagi di bahagian lutut), Kawalan Cengkaman, ESC, sistem Amaran Keluar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan dan sistem Pemantauan Tekanan Tayar (untuk varian tertinggi).

100 pelanggan awal Colorado bakal menerima pakej tiga tahun servis percuma termasuk kos upah dan alat ganti. Selain itu waranti pengeluar selama lima-tahun atau 200,000 km (yang mana terdahulu) turut ditawarkan oleh Naza Quest. Colorado masih mengekalkan warna sedia ada Summit White, Black Meet Kettle, dan Switchblade Silver selain menampilkan dua warna baharu Pull Me Over Red dan Blue Mountain. Nantikan kemuculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply