Ketika ini pengeluar motosikal seluruh dunia sibuk memperkenalkan model terbaharu mereka di Pameran Motosikal Intermot 2016 Cologne yang sedang berlangsung sehingga 9 Oktober. Triumph juga tidak ketinggalan untuk melancarkan taruhan terbaharu mereka, T100/T100 Black dan Street Cup. Lagenda Superbike Dunia, Carl Fogarty diberi penghormatan untuk memperkenalkan model model tersebut.
T100 dan T100 Black merupakan motosikal klasik moden yang diinspirasikan dari model ‘59 Bonneville. Ia dikuasakan oleh enjin Bonneville 900cc dengan tork tinggi yang menjimatkan bahan api dan menghasilkan deruman bunyi ekzos yang lebih mendalam. T100 dan T100 Black turut dilengkapi dengan teknologi tunggangan-dengan-wayar (ride-by-wire), kawalan cengkaman, ABS dan klac bantuan-tork selain talaan pada casis dan suspensi yang menghasilkan tunggangan yang lancar serta mudah untuk dikendalikan.
Street Cup pula merupakan model ‘Café Racer’ yang turut menggunakan enjin Bonneville 900cc dengan tork tinggi sebagai penjana kuasa. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih yang memberi lebih penumpuan kepada penunggang seperti tunggangan-dengan-wayar (ride-by-wire), kawalan cengkaman, ABS, klac bantuan-tork dan ketinggian tempat duduk rendah yang memberikan lebih tahap keyakinan, keselesaan dan kawalan semasa menunggang.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI