ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear pembuat tayar paling dikagumi di dunia

Views

Buat tahun kelima berturut-turut, Goodyear diiktiraf sebagai pembuat tayar paling dikagumi di dunia oleh majalah Fortune yang merupakan salah satu daripada majalah perniagaan terkemuka di dunia sejak 1930. Antara syarikat syarikat yang telah disenaraikan oleh majalah Fortune dalam kategori Syarikat Pengeluar Bahagian Kenderaan Motor Paling Dikagumi Dunia, Goodyear berada di kedudukan pertama syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan kedua secara keseluruhan.

Dalam kategori Bahagian Kenderaan Motor, Goodyear berada di tempat kedua dalam enam daripada sembilan kriteria yang dinilai dan ketiga dalam tiga kriteria yang lain. Goodyear berada di hadapan beberapa pesaing tayar global utama dalam markah keseluruhan dan dalam tujuh daripada sembilan kategori. Untuk melihat senarai penuh klik pautan fortune.com/worlds-most-admired-companies/.

KLIK UNTUK BESARKAN

goodyear-logo fortune-logo-2016-840x485

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply