ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ciri ciri menarik Jaguar F-PACE

Views

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd baru baru ini telah melancarkan SUV berprestasi tinggi Jaguar F-PACE serba baharu di Malaysia. Dua varian ditawarkan iaitu Prestige dan R-Sport. Kedua-duanya dilengkapi enjin petrol 3.0 liter 340PS V6 super caj dari F-TYPE dan dipadankan dengan transmisi automatik elektronik 8 kelajuan dengan Jaguar Sequential Shift™.

Ini membolehkan F-PACE memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.8 saat sebelum mencapai had kelajuan maksimumnya 250 km/j. F-PACE 3.0 liter Supercharged Prestige yang diimport sepenuhnya dijual pada harga RM598,800 sementara R-Sport yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi berharga RM658,800. Harga yang disebut adalah termasuk 6 peratus GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Setiap F-PACE didatangkan dengan Jaguar Care, yang mencakupi waranti selama lima tahun dan lima tahun servis percuma serta Jaguar Roadside Assistance untuk tiga tahun. Pilihan Black Pack R-Sport yang eksklusif turut ditawarkan dengan gril radiator dan kelilingnya yang hitam berkilat, salutan warna badan pada pintu dengan kemasan hitam berkilat dan sirip kuasa hitam berkilat dengan lencana R-Sport.

Ciri ciri menarik Jaguar F-PACE :

  • Dihasilkan menggunakan Lightweight Aluminium Architecture oleh Jaguar
  • Gril hadapan yang menyerlah dan dilengkapi lampu hadapan LED sepenuhnya
  • Ruang bagasi yang lapang dengan isi padu 508 liter walaupun setelah dimuatkan dengan tayar ganti sementara.
  • Teknologi info-hiburan Jaguar InControl Touch untuk varian Prestige dengan skrin sentuh berkapasiti 8 inci dan menyokong isyarat telefon pintar dan tablet.
  • Sistem premium InControl Touch Pro untuk varian R-Sport dilengkapi skrin sentuh 10.2 inci dengan pemproses quad-core yang berkuasa dan pemacu solid-state, serta menggunakan Ethernet yang ultra pantas
  • Jaguar F-PACE berukuran 4,731 mm panjang dan dengan jarak roda 2,874 mm
  • Struktur badannya yang ringan dan teguh dengan penggunaan 80 peratus aluminium
  • Menggunakan sistem gantungan hadapan double wishbone yang diambil dari F-TYPE dan sistem gantungan belakang Integral Link
  • Digandingkan dengan Torque Vectoring sebagai standard dan penalaan sistem Electric Power Assisted Steering untuk memberikan rasa dan tindak balas yang terbaik
  • Sistem Adaptive Dynamics (standard dalam R-Sport) yang dikawal secara elektronik mengukur pergerakan badan dan tayar, masing-masing sebanyak 100 dan 500 kali sesaat, untuk memastikan kuasa redaman yang optimum dalam apa jua keadaan.
  • Configurable Dynamics, yang merupakan standard bagi R-Sport membolehkan pelarasan berasingan untuk pendikit, transmisi automatik, stereng, dan juga sistem Adaptive Dynamics
  • Sistem torque on-demand all-wheel drive (AWD) F-PACE merupakan system yang tercanggih bagi Jaguar setakat ini, dan mempunyai kapasiti tork tertinggi
  • Adaptive Surface Response (ASR) pada R-Sport, yang dihasilkan daripada teknologi Terrain Response dari jenama Land Rover menjadikan sistem AWD lebih berkesan dalam keadaan yang mencabar
  • Penampilan Activity Key Jaguar buat kali pertama di dunia. Jalur pergelangan tangan yang kalis air dan hentakan dengan transponder bersepadu membolehkan kunci fob disimpan dengan selamat di dalam kenderaan. Activity Key boleh didapati sebagai aksesori pilihan.

KLIK UNTUK BESARKAN

r-l-dennis-ho-datuk-aishah-ahmad-syed-ahmad-muzri-syed-faiz-syed-kh all-new-jaguar-f-pace_front-side all-new-jaguar-f-pace_side-rear interior-of-the-all-new-jaguar-f-pace interior-of-the-all-new-jaguar-f-pace_2 the-all-new-jaguar-f-pace-has-plenty-of-legroom-in-the-rear

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply