ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan HR-V facelift 2018 kini dibuka

Views

Honda Malaysia mengumumkan tempahan untuk HR-V facelift kini dibuka bermula hari ini 12 Julai 2018 di semua 95 pengedar sah Honda seluruh negara. Selain itu Honda Malaysia turut menawarkan varian RS untuk SUV terlaris ini. Sejak diperkenalkan pada 2015, HR-V berjaya menduduki tempat pertama dalam segmennya untuk tiga tahun berturut-turut dan lebih daripada 72,000 unit telah pun terjual sehingga Jun 2018. HR-V juga menjadi model kedua paling laris Honda dengan menyumbang 16 peratus daripada jualan keseluruhan setakat bulan Jun 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata syarikat telah menerima tempahan yang luar biasa sejak tempoh kadar sifar GST pada bulan Jun 2018. Ini menyebabkan tempoh menunggu model Honda tertentu adalah di antara 3 hingga 4 bulan dan syarikat sedang bekerja keras untuk menghantar kenderaan baharu kepada semua pemilik.

Apa yang menarik tentang HR-V facelift 2018?

  • Dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digabungkan dengan transmisi CVT Teknologi Honda Earth Dreams yang memberikan keseimbangan dari segi prestasi dan kecekapan bahan bakar.
  • Varian tambahan terbaharu RS diperkenalkan dengan gaya lebih sporty yang menampilkan rekaan signatur Honda ‘Solid Wing Face’ dan lampu hadapan LED baharu yang dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang LED (DRL), lampu kabus LED dan lampu kombi belakang LED.
  • Varian RS turut dilengkapi rim aloi 18-inci dua-tona, jeriji hadapan rekabentuk sport, bampar hadapan dan belakang baharu, kemasan krom gelap pemegang pintu luar, kemasan krom hitam pada nombor plet, sil sisi hitam dan kemasan berbentuk jaring pada lampu kabus.
  • Warna baharu Passion Red Pearl, yang pertama dalam barisan model Honda.
  • Varian RS dilengkapi dengan ciri Honda LaneWatch.
  • Ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) selain Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut.

HR-V facelift dijangka diperkenalkan pada suku ketiga 2018. Untuk menghargai pelanggan Malaysia terhadap sokongan yang berterusan, Honda Malaysia akan memberi ganjaran Petronas Gift Card bernilai RM1,000 kepada semua pelanggan yang membuat tempahan untuk model ini sebelum 31 Ogos 2018.

Untuk membuat tempahan, kunjungi mana 95 pengedar sah Honda seluruh negara mulai 12 Julai 2018. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply