ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Prolintas lancar aplikasi mudah alih

Views

Dengan melalui satu sentuhan, pengguna lebuh raya di bawah kendalian Prolintas kini boleh menghantar isyarat kecemasan dan lokasi mereka untuk meminta bantuan dari pasukan peronda menerusi aplikasi mudah alih yang telah dilancarkan oleh Kumpulan Syarikat Prolintas baru-baru ini.

Pelancaran aplikasi mudah alih tersebut adalah sebahagian daripada langkah proaktif Prolintas dalam mewujudkan komunikasi dua hala. Ianya boleh digunakan untuk menerima maklumat trafik dan perkhidmatan lain di kesemua lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pengguna hanya perlu memilih jenis kecemasan di aplikasi tersebut dan secara automatik lokasi pengguna yang berada dalam kesulitan akan dapat dikesan oleh peronda dengan pengguna menghidupkan ciri GPS di telefon pintar.

Pelaksanaan aplikasi ini juga merupakan kesinambungan bagi kempen komunikasi Prolintas iaitu #contactlahkami yang telah dilancarkan pada Mac 2017. Inisiatif ini juga adalah salah satu penambahbaikan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuhraya melalui teknologi digital.

Aplikasi mudah alih baharu adalah mesra pengguna dan boleh dimuat turun menerusi App store dan Google Play secara percuma. Untuk menggalakkan pengguna memuat turun aplikasi ini, Prolintas telah menyediakan baucar bernilai RM10.00 kepada 1,000 pelanggan pertama yang memuat turun aplikasi tersebut.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply