ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Tempahan Myvi 2018 telah mencecah 3,000 unit!

Views

Kami memang sudah menjangka Myvi 2018 akan terlajak laris! Dalam satu majlis makan malam Kelab Vendor Perodua (KVP) 2017 yang berlangsung semalam, Perodua telah mengumumkan tempahan model generasi ketiga Myvi telah mencatatkan 3,000 unit, tak sampai seminggu sejak ia mula dibuka pada 9 November lalu. Dijangkakan tempahannya bakal meningkat lagi selepas pelancaran rasminya pada petang esok bertempat di Putrajaya.

BACA >> Perodua Myvi 2017 boleh ditempah mulai esok – Harga dari RM44,300 hingga RM55,300!

Dengan tanda harga bermula dari RM44,300 hingga RM55,300 sudah pasti Myvi 2018 pasti bakal mengembalikan zaman kegemilangannya sehingga diberi jolokan ‘Ikon Negara’. Berikut adalah harga model Myvi 2018 mengikut varian (harga tidak termasuk insurans):

    • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
    • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
    • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
    • 1.5 High (AT) – RM51,800
    • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Myvi 2018 telah berevolusi dengan menampilkan rekabentuk serba baharu yang menawan serta dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan terkini seperti Advance Safety Assist – A.S.A (untuk varian 1.5 liter Advance), lampu hadapan LED, serta enjin cekap bahan bakar yang pastinya bakal menjadi daya tarikan utama pembeli.

Kami sarankan anda membuat tempahan segera supaya mendapat kereta dengan lebih cepat. Boleh la melaram dengan kereta baharu tak lama lagi kan? Nantikan kemunculannya esok!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply