ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi 2017 boleh ditempah mulai esok – Harga dari RM44,300 hingga RM55,300!

Views
The All-New Perodua Myvi 2017 (Sneak Peek)

Kami yakin anda akan mengalami keterujaan yang melampau setelah melihat video acah Perodua Myvi 2017 ni kan? Apa yang membuatkan kami rasa terkejut adalah rekaan papan pemuka dan stereng serba baharu yang moden dan ranggi. Memang pereka di Perodua begitu memahami selera peminat kereta di Malaysia dan kami yakin rekaan ini akan diterima baik oleh negara yang lain.

Harga model ini juga membuatkan kami terbayangkan apa nasib model pencabarnya selepas ini. Dengan tanda harga bermula dari RM44,300 hingga RM55,300 sudah pasti Myvi 2017 pasti akan laku keras dan turut akan memberi tempias kepada Axia. Berikut adalah harga model Myvi 2017 mengikut varian (harga tidak termasuk insurans):

  • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
  • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
  • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
  • 1.5 High (AT) – RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Tempahan model Myvi 2017 akan dibuka mulai esok dan peminat-peminat automotif boleh berkunjung ke booth Perodua di Malaysia Autoshow 2017 untuk intai-intai model tersebut mulai 9 hingga 12 Nov 2017. Kalau nak tahu apa yang bakal membuatkan anda teringin nak memiliki Myvi 2017, sila klik pautan di bawah.

BACA >> Perodua Myvi 2017 – Apakah yang anda ingin tahu mengenainya?

KLIK UNTUK BESARKAN

       

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply