ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Myvi baharu cecah 28k, pengeluaran SUV Perodua masih dalam kajian awal

Views

Berita Harian melaporkan Perodua yakin dapat meningkatkan bahagiannya daripada jumlah keluaran industri (TIV) sebanyak tiga hingga empat peratus pada tahun ini susulan pelancaran model Myvi baharu. Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata unjuran bagi 2018 itu turut didorong oleh sambutan positif terhadap Myvi baharu itu.

Walaupun pada tahun lalu mereka mengalami penurunan dari segi jualan disebabkan penambahbaikan aspek pengangkutan termasuk kewujudan perkhidmatan Grab dan Uber, Perodua masih mampu menanganinya dengan melaksanakan pelbagai usaha. Ia termasuk memeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Grab yang membabitkan tawaran promosi khas dengan syarikat tersebut.

Aminar turut menyatakan, tempahan Myvi baharu telah mencecah lebih 28,000 unit setakat Disember 2017. Setakat ini Perodua telah menyerahkan sebanyak 8,000 unit model tersebut kepada pemiliknya dan syarikat turut bekerja lebih masa untuk menyelesaikan baki tempahan yang ada. Sebelum ini, Perodua menetapkan sasaran awal jualan sebanyak 18,000 unit bagi tiga bulan pertama selepas pelancaran, namun ia berjaya melepasi paras 50 peratus pada Disember lalu.

Perodua kini menguasai 35 peratus bahagian pasaran dan penguasaan mereka juga boleh dilihat menerusi aspek jualan dengan satu daripada setiap tiga kenderaan baharu terjual pada 2017 adalah keluaran syarikat itu. Ketika diminta mengulas kemungkinan mengenai kemungkinan Perodua mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Aminar berkata pihaknya masih dalam proses meneliti aspek demografi pasaran dan aliran semasa.

Pengeluaran SUV itu masih dipertimbangkan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan kerana syarikat masih dalam proses melaksanakan program transformasi. Pesaing mereka, Proton bakal memperkenalkan model SUV pertamanya Boyue yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini hasil kerjasama dengan rakan strategik asingnya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply