ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai perkenal Grand Starex facelift untuk tahun 2018

Views

Sejak sedekad lalu, model generasi kedua Hyundai Grand Starex tidak pernah mengalami perubahan kosmetik yang ketara, dan atas faktor tersebut ia kini melangkah ke fasa facelift. Model ini diklasifikasikan sebagai kenderaan komersil ringan di Korea Selatan kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengangkut 12 orang penumpang. Ia kini tampil dengan rekaan depan dan belakang yang lebih segar, lampu hadapan rekaan baharu serta perubahan pada susunan reka letak lampu belakang.

Jeriji hadapan juga mendapat rekaan baharu dengan kemasan jalur krom dan saiznya juga kini lebih besar berbanding model sebelumnya. Tetapi pada mata kami, penampilan baharunya itu nampak lebih ‘manja’ berbanding dengan Grand Starex Royale yang dijual di Malaysia. Bukan sekadar perubahan kosmetik pada bahagian luar, Hyundai turut menaiktaraf ruang dalaman Grand Starex dengan kehadiran skrin infotainmen bersaiz 8-inci, stereng dengan rekaan lebih segar dan kemasan yang dipertingkatkan.

Grand Starex facelift dikuasakan oleh enjin 2.5-liter turbodiesel yang mampu menghasilkan 138 hp dan 352Nm tork dengan gandingan transmisi enam-kelajuan manual, manakala dengan transmisi lima-kelajuan automatik pula, ia mampu menghasilkan 172 hp dengan 450Nm tork. Pembeli di Korea Selatan diberi pilihan pacuans semua-roda dengan kunci perbezaan.

Harga bermula dari 21.1 juta Won, atau hampir USD20k (RM80,512) mengikut kadar tukaran wang asing semasa. Bagi pelanggan yang tinggal di Eropah, UK dan Australia, mereka bakal menerima kehadiran model ini dalam masa yang terdekat. Adakah model ini bakal di bawa ke Malaysia pada tahun ini? Nantikan pengumuman dari Hyundai-Sime Darby Motors.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply