ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Proton Persona generasi baharu kini dibuka!

Views

Tempahan untuk model Persona generasi baharu kini dibuka! Laman Facebook rasmi Proton Cars sebentar tadi telah memaklumkan mengenai perkara tersebut. Paling menarik Proton memperkenalkan tawaran pengenalan dengan tiga (3) tahun Servis Percuma* (termasuk alat ganti dan upah) tertakluk pada terma dan syarat untuk pelanggan yang membuat tempahan sehingga 30 September 2016.

Selain itu model Persona generasi baharu turut diberi waranti selama lima (5) tahun. Kami telah membuat pandu uji ringkas model tersebut baru baru Jumaat lalu dan untuk mengetahui  apa yang menarik mengenainya klik pautan ini . Persona generasi baharu akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos nanti. Untuk maklumat lanjut kunjungi bilik pameran Proton yang berhampiran dengan segera!

KLIK UNTUK BESARKAN

F49E9B1C8D894A8D9180EA643E8A5BCD.ashx

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply