Volkswagen Vento baharu atau dahulunya dikenali dengan Polo sedan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Volkswagen Malaysia telah pun membuka tempahan untuk model sedan segmen B itu dan ia hadir dalam tiga varian iaitu Highline, Comfortline dan Trendline.
Vento menjadi satu-satunya sedan yang dikuasakan oleh enjin turbo dalam kelasnya, Vento Highline dijana oleh enjin pancitan terus dan pengecas turbo bersesaran 1.2 TSI yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 105PS.
Ia dipadankan dengan kotak gear berkembar DSG tujuh kelajuan baharu untuk menawarkan tork maksimum 175Nm pada putaran enjin1,500rpm hingga 4,100rpm. Bukan sahaja berprestasi tinggi, Varian juga dilengkapi ciri ciri keselamatan terbaik seperti Electronic Stability Control (ESC),empat beg udara (hadapandansisi), sistembrek anti kunci (ABS), Crash Response System (ICRS) serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Paling menarik, varian Vento Highline telah menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.
Vento didatangkan dengan pilihan lima warna iaitu putih (Candy White), merah (Flash Red), perak (Reflex Silver), kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black). Kunjungi bilik pameran Volkswagen yang berhampiran untuk membuat tempahan. Maklumat lanjut, sila layari laman web http://vw.volkswagen.com.my/coming-soon/the-vento/ .
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
KOMEN TERKINI