ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell lancarkan Program Waranti Enjin Shell Helix

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

• Jaminan percuma bagi kegagalan enjin yang disebabkan oleh minyak pelincir sehinga 12 tahun/200,000 kilometer untuk perlindungan jangka panjang enjin

Syarikat minyak gergasi Shell begitu yakin dengan produk premium Shell Helix Ultra dan Helix HX7, mereka memberikan waranti enjin kepada semua pengguna produk Shell Helix. Waranti ini diberikan kepada semua kereta yang berumur kurang dari lapan tahun dan 100,000 kilometer dan kekal sehingga kenderaan berumur 12 tahun ataupun menjalani 200,000km.

Program Shell Helix Engine Warranty (S.H.E.W). tidak memerlukan kereta anda diperiksa sebelum diberikan waranti, anda hanya perlu membeli produk dan mendaftarkan kereta anda. Pendaftaran boleh dilakukan oleh bengkel bertauliah atau dilakukan sendiri oleh pemilik melalui talian.

13169822_10153428666387105_1288764127_o

Waranti ini melindungi enjin dari sebarang kerosakan yang sdisebabkan oleh kegagalan pelincir Helix Ultra ataupun Helix HX7 keluaran Shell. Waranti ini melindungi 15 komponen utama enjin:

1. Omboh dan gelang omboh (Piston and piston rings)
2. Crankshaft dan bearing
3. Rod penyambung (Connecting rods)
4. Bearing rod penyambung (Connecting rod bearings)
5. Gudgeon pin
6. Injap (Valves)
7. Blok enjin (Engine block)
8. Kepala silinder (Cylinder head)
9. Gear dan rantai pemasa (Timing gear and chains)
10. Camshaft and bearings
11. Cylinder liner / bore
12. Turbocharger
13. Cam followers
14. Lengan jumpelang dan pivot (Rocker arm and pivot)
15. Push rod dan aci keseimbangan (Push rods and balance shaft)

Tuntutan kerosakan dihadkan pada RM15,000 untuk pengguna Helix Ultra dan RM8,000 untuk Helix HX7 dan tuntutan hanya boleh dibuat sekali dalam tempoh 12 bulan. Uniknya, waranti ini boleh ditukarmilik sekiranya kereta tersebut dijual, pembeli hanya perlu menukar maklumat pemilik di atas talian.

Pengguna yang mahukan waranti ini perlu menukar pelincir setiap enam bulan ataupun menurut jadual yang disyorkan oleh pembuat kereta. Sekiranya syarat ini dipenuhi, waranti akan kekal sehingga 12 tahun atau 200,000 kilometer dari tarikh kenderaan dikeluarkan, yang mana dahulu.

Dilancarkan pada 2014, Shell Helix dengan PurePlus Technology merupakan minyak pelincir enjin pertama yang menerapkan teknologi canggih gas kepada cecair yang dipelopori Shell yang menukarkan gas asli kepada minyak asas yang bersih dan stabil.

Menurut Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara, Troy Chapman, S.H.E.W mencerminkan keyakinan syarikat terhadap kualiti dan prestasi yang mampu diberikan oleh barisan produk premium Shell Helix bagi kenderaan penumpang.

13199278_10153428666357105_41531074_o

“S.H.E.W merupakan program nilai tambahan yang memberi manfaat kepada pemandu yang memilih Shell Helix. Kami amat berbangga untuk menjadi satu-satunya pengeluar minyak pelincir kenderaan di Malaysia yang menawarkan program sebegini, yang membolehkan pemandu dan pemilik kenderaan memperoleh kelegaan dan ketenangan pemanduan, tanpa perlu untuk ragu-ragu lagi. Ia melindungi apa yang penting iaitu enjin dan kenderaan anda, untuk jangka waktu yang panjang dan lebih utama, secara percuma,” tambah beliau.

Selepas mendaftar di bawah program ini, pelanggan akan menerima mesej peringatan agar mereka tidak akan terlepas tempoh menyalin minyak pelincir kenderaan. Mereka juga tidak perlu was-was dengan keaslian dan ketulenan produk Shell Helix yang dibeli dari bengkel-bengkel sah di bawah program S.H.E.W atau di semua stesen petrol Shell.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Datuk Azman Ismail menjelaskan bahawa S.H.E.W membolehkan Shell untuk berganding bahu dengan bengkel-bengkel yang setia dengan jenama itu untuk melindungi dan memperkembang perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan menyediakan platform baru untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka. Bengkel-bengkel sah bagi program S.H.E.W akan memperoleh keyakinan pemilik kenderaan yang ingin mencari barisan produk tulen Shell Helix.

Menjelang Jun nanti, lebih daripada 1,000 bengkel sah S.H.E.W dan stesen petrol Shell akan dilatih untuk menawarkan program berkenaan. Untuk maklumat lanjut tentang S.H.E.W, layari www.shell.com.my/helixwarranty

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply