ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Volkswagen Alor Setar dirasmikan

Views

Baru baru ini Volkswagen Malaysia telah merasmikan pusat 3S yang pertama seumpanya di Alor Setar. Dimiliki oleh Lee Motors Autohaus Sdn Bhd, Pusat 3S Volkswagen Alor Setar dibina dengan pelaburan awal sebanyak RM18 juta dengan keluasan keseluruhan mencecah 35,352 kaki persegi. Pusat 3S ini terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah kawasan bersejarah dan perniagaan Alor Setar.

Ia merangkumi sebuah bilik pameran yang mampu mempamerkan 11 buah kenderaan dan mempunyai sebuah lounge untuk pelanggan. Selain itu ia turut dilengkapi sebuah pusat servis dengan lapan (8) ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh 15 orang kakitangan selepas jualan yang berpengalaman dan terlatih.

Pusat 3S ini turut dilengkapi lif kargo dan peralatan diagnostik yang diluluskan oleh Volkswagen Jerman. Satu sistem CCTV khas pula membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka diservis dari dalam lounge dengan WIFI dan minuman kopi. Ruang parkir untuk orang kurang upaya dan tandas turut disediakan.

Cafe area

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata,“Ini ialah bilik pameran kelima yang kami lancarkan pada tahun ini dan ia khusus untuk para pelanggan di wilayah utara. Pengembangan operasi Lee Motors di wilayah Utara akan membuatkan jenama Volkswagen lebih mudah diakses, sekali gus dapat meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan kami di wilayah ini.”

Ketua Pengarah dan Pengedar Lee Motors Autohaus, Eugene Lee pula berkata, “Lee Motors Autohaus hanya memulakan kerjasama dengan Volkswagen pada tahun 2014 di Jitra Kedah dan sejak itu, kami terus berkembang. Tagline kami ialah ‘Trusted for Generations’ (Dipercayai Sejak Turun-temurun). Jadi, kami dan Volkswagen Malaysia benar-benar komited terhadap perniagaan serta memastikan para pelanggan mempercayai kami.”

Waktu operasi bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Alor Setar bermula dari Isnin hingga Ahad dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Manakala perkhidmatan selepas jualan pula ditawarkan dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Ia akan ditutup pada cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

8 Service Bays Cafe area Fits up to 11 car displays Lounge area Photo 1 Photo 2 Photo 3 Volkswagen Alor Setar 3S Centre

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply