ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Volvo S90 T8 Twin Engine pemasangan tempatan kini dibuka

Views

Volvo Car Malaysia kini membuka tempahan untuk model S90 T8 Twin Engine Inscription pemasangan tempatan dengan harga pengenalan istimewa RM348,888 (harga atas-jalan tidak termasuk insurans, termasuk cukai). Ia akan dipasang di kilang pemasangan Volvo Car Shah Alam dan menyertai dua lagi model iaitu V90 dan S90 T6 R-Design, selain pengenalan kemasan paling mewah untuk model S90 yang dikenali sebagai Inscription.

Dengan keunikan penjana kuasa hibrid Volvo, ia bakal memberikan S90 T8 Twin Engine kuasa yang tiada kompromi, pengendalian dan kecekapan tanpa mengorbankan karektor sebuah sedan premium sedan. Kenderaan Hibrid Elektrik Plug-in (PHEV) keluaran Volvo amat berbeza dengan apa yang ditawarkan dalam pasaran, dengan meletakkan bateri hibrid dalam terowong, ia bukan sahaja merendahkan pusat graviti dan meningkatkan pengendalian, malah turut tidak menjejaskan ruang kargo model tersebut.

Penjana kuasa T8 Twin Engine mempunyai output sebanyak 407hp dengan 640Nm tork, dan digandingkan bersama transmisi 8-kelajuan automatik yang membolehkannya mampu memecut dari 0- 100 km/h dalam masa 4.8 saat. Dengan roda hadapan dikuasakan dengan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan roda belakang dipacu dengan motor elektrik, penghantaran kuasa akan berlaku dengan pantas. Butiran penuh mengenai spesifikasi hanya akan diumumkan semasa pelancaran rasminya.

S90 T8 Twin Engine pemasangan tempatan akan menuruti jejak langkah langkah XC90 T8 Twin Engine dan bakal dieksport ke beberapa pasaran terpilih di rantau ini. Dengan keupayaan untuk memasang model elektrik Volvo, kilang pengeluaran Malaysia telah menjadi hab untuk strategi elektrifikasi global Volvo yang menyaksikan semua model Volvo yang dilancarkan, dilengkapi dengan beberapa peringkat hibridisasi.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply