Berita baik buat bakal pembeli model Volkswagen Jetta Comfortline! Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan kadar faedah rendah bermula dari 0.88 peratus setahun. Kini Jetta mengikut jejak langkah Vento 1.6l dan Passat 1.8l, yang ditawarkan dengan promosi kadar faedah rendah dan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Promosi bermula 12 September sehingga 31 Disember 2017. Kadar faedah rendah semasa untuk varian Vento (0.28 peratus) dan Passat (0.88 peratus) juga akan dilanjutkan sehingga akhir tahun. Promosi ini terpakai untuk pinjaman sewa beli dengan tempoh lima hingga sembilan tahun, dan bermula serendah 0.88 peratus untuk Jetta Comfortline. Penyelenggaraan percuma selama 5-tahun atau 75,000km (yang mana terdahulu) turut ditawarkan untuk pembelian model tersebut.
Kadar faedah rendah untuk Jetta Comfortline (mengikut tempoh pinjaman) adalah seperti yang tertera di bawah:
Model | 5 tahun | 7 tahun | 9 tahun |
Jetta Comfortline | 0.88% | 1.28% | 1.68%
|
Jetta dikuasakan oleh enjin generasi baharu 1.4L TSI pengecas turbo-tunggal yang dipadankan berasama transmisi 7-kelajuan DSG yang dipertingkatkan. Ia mampu mengerah output sebanyak 150PS dan tork 250Nm antara 1,500 ke 3,500rpm serta membolehkannya memecut dari 0 ke 100kph dalam masa 8.6 saat. Sedan saiz-sederhana ini juga menerajui segmennya dalam kecekapan bahan bakar, dengan kombinasi penggunaan minyak sekitar 5.0l/100 km*. Jetta Comfortline dijual pada harga RM117,990 (Harga runcit yang disyorkan) dan turut ditawarkan dengan diskaun sehingga RM10,000.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI