ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Tengku Djan muncul juara King of Nations Drift Pro Series

Views

Hanya dua bulan selepas kembalinya Tengku Djan Ley ke arena drift, beliau telah mengumpul kemenangan keduanya dalam acara tersebut dengan memenangi tempat pertama King of Nations Drift Pro Series yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu. Putera Drift yang mewakili pasukan MaxxOil Drift telah menewaskan 31 lagi peserta dari beberapa negara termasuklah Australia, Jepun, Indonesia dan Thailand.

Beliau muncul juara diikuti oleh Rysandhy Akbar Rais dari Indonesia di tempat kedua dan Hirohide Tanaka dari Jepun di tempat ketiga. Pusingan ke-6 King of Nations Drift Pro Series telah berlangsung pada 8 dan 9 Julai di Plus Elite Speedway dan melibatkan seramai 46 pemandu dari serata dunia. Rakan sepasukannya Charles Ng Kaki dari Hong Kong pula berjaya menduduki tempat kedua semasa pusingan kelayakan pada hari Sabtu.

Jentera Nissan Silvia Chevy LS7 yang dipandu oleh Tengku Djan telah dibina untuk menepati spesifikasi pertandingan dan peraturan Formula Drift USA. Ia dilengkapi dengan semua peranti keselamatan dan dikuasakan oleh penjana kuasa 7.0-liter dengan teknologi perlumbaan terkini. Syabas kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply