ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cabaran UD Trucks Extra Mile bakal uji kecekapan pemandu

Views

UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment (TCIE), berganding bahu untuk menganjurkan pertandingan pemandu “UD Trucks Extra Mile Challenge” (UDEMC) yang bakal menguji kecekapan mereka dengan meningkatkan kemahiran memandu dan pengetahuan untuk memaksimumkan keupayaan trak tugas-berat UD Quester.

UDEMC merupakan pertandingan berasaskan kemahiran untuk pemandu trak yang pertama dianjurkan oleh jenama trak Jepun di Malaysia. Tahun lalu, juara peringkat tempatan, Yuzairi Bin Ibrahim dari ASAC Logistics Sdn Bhd telah dipilih mewakili Malaysia ke kejohanan global di Jepun, di mana beliau melakar kejutan dengan muncul juara keseluruhan setelah menewaskan juara dari negara-negara lain.

Untuk tahun ini, pertandingan akan dimulakan dengan tiga pusingan pra-pemilihan pada 8 Julai di TCIE Batu Caves. Dua lagi pusingan pra-pemilihan akan diadakan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (15 Julai) dan di Johor Bahru, Johor (22 Julai). TCIE telah berjaya mengumpul hampir 25 penyertaan dari seluruh negara untuk pusingan pra-pemilihan dan salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai juara baharu Malaysia UDEMC.

Cabaran Extra Mile terdiri daripada beberapa elemen yang termasuk pra-pemeriksaan, kecekapan bahan api dan keselamatan dan pemacu. Semua elemen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memandu, dan mengurangkan kos dan downtime. Semasa peringkat pra-pemilihan, pemandu akan diberi taklimat mengenai konsep pertandingan, undang-undang, pemarkahan dan bagaimana mereka dapat mengekalkan uptime. Kemudian mereka akan diuji dengan pra-pemeriksaan dan ujian teori untuk menilai tahap pengetahuan dan kemahiran. Sejumlah 10 orang pemandu yang mendapat markah tertinggi akan layak ke pusingan akhir pada 30 September.

Pemenang pertandingan akan mendapat perjalanan ke Jepun yang ditanggung-sepenuhnya untuk mewakili Malaysia di UDEMC Global Final 2017, Baucar Alat Ganti Quester bernilai RM2,000 dan sesi latihan memandu ekslusif untuk semua pemandu bagi syarikat yang muncul juara. Semasa pusingan akhir, semua peserta akan turut dinilai berdasarkan markah keseluruhan terbaik untuk kategori Best Pre-Drive Inspection, Best Fuel Consumption dan Best Driving Skill. Pemenang bagi setiap kategori akan turut menerima anugerah.

Sempena dengan UDEMC, TCIE menawarkan rebat untuk pembeli unit baharu model UD Quester servis tahun pertama percuma atau lima kalis servis termasuk upah dan alat ganti (yang mana terdahulu) dan dua tahun waranti atau sehingga 200,000km (yang mana terdahulu). Promosi ekslusif Quester ini boleh didapati mulai sekarang hingga 30 September 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply