ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada kenaikan kompaun lesen memandu tamat tempoh – JPJ

Views

Letih juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nak menjawab pelbagai isu gara gara penyebaran maklumat palsu atau mengelirukan orang awam melalui Whatsapp dan media sosial yang lain. JPJ baharu sahaja mengeluarkan kenyataan media melalui laman Facebook rasmi mereka mengenai salah faham isu kompaun lesen memandu tamat tempoh.

Pemandu atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dikenakan kompaun maksimum RM300. Jumlah kompaun ini adalah kadar maksimum, namun demikian sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, pengurangan bayaran adalah seperti berikut:

kadar-kompaun-jpj

Dengan ini, sebarang pembaharuan lesen memandu tamat tempoh di kaunter JPJ boleh dilakukan di semua pejabat JPJ atau agensi yang dilantik TANPA DIKENAKAN KOMPAUN. Pembaharuan lesen ini hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempohnya TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN.

Diharap penjelasan ini dapat merungkai segala kekeliruan dan salah faham mengenai isu tersebut. JPJ menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui Whatsapp dan media sosial lain yang tidak mempunyai sumber sah. Sebarkan artikel ini untuk maklumkan kepada rakan rakan ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

15356561_10154782326712421_5147019783066974348_n 15391024_10154782326722421_1333739716186569654_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply