ARKIB

KATEGORI

Buletin

GM perkenal Insignia Grand Sport generasi baharu

Views

GM akhirnya memperkenalkan generasi baharu Vauxhall Insignia Grand Sport. Model ini dibangunkan dari pelantar modular serba baharu yang bukan sahaja untuk perkadaran yang atletik malah memberikan ruang kabin yang lebih luas dan aerodinamik yang terbaik dalam kelasnya dengan 0.26 Cd.

Selain itu penggunaan pelantar ini berjaya mengurangkan berat sehingga 175kg. Garis bumbungnya kini lebih rendah 29mm manakala lebarnya bertambah 11mm. Jarak roda kini lebih panjang 92mm dan unjurannya juga berjaya dikurangkan. Dari segi rekabentuk, nampak begitu ketara sekali Opel membawa banyak elemen daripada model konsep Monza ke model pengeluaran.

Insignia Grand Sport kini mempunyai aura kereta mewah yang lebih tinggi. Pelbagai ciri canggih ditampilkan pada model ini dengan pengenalan lampu IntelliLux LED matrix, Bantuan Kekal Lorong, Paparan skrin dan tempat duduk premium yang mendapat pengiktirafan AGR yang mempunyai pemanas serta pemanas cermin depan.

Buat masa ini tiada maklumat rasmi mengenai penjana kuasanya, namun Vauxhall hanya mengumumkan model ini akan mendapat pelbagai enjin berpecas turbo dan transmisi apabila ia dilancarkan pada tahun depan. Insignia Grand Sport juga bakal mendapat transmisi baharu lapan-kelajuan automatik dan model paling tinggi dijangka menggunakan enjin petrol 2.0-liter turbo yang berkuasa 247hp.

Model ini juga akan mendapat sistem emanduan semua-roda pintar yang menampilkan dua cekam (klac) yang dikawal secara elektronik yang buat pertama kalinya menggunakan ciri vektor kilas (torque vectoring). Casis FlexRide pula ditala dan kini mempeunyai tiga mod pemanduan: Standard, Sport dan Tour dengan pilihan Mod Kawalan Pemanduan.

Opel akan memperkenalkan Insignia Grand Sport secara rasmi di Geneva Motor Show pada bulan Mac 2017, dengan Buick bakal membawanya masuk ke Amerika Syarikat dengan nama Regal pada 2018. GM akan turut menawarkan model ini sebagai Holden Commodore generasi baharu di Australia.

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-vauxhallinsignia-01 2017-vauxhallinsignia-02 2017-vauxhallinsignia-03 2017-vauxhallinsignia-04 15325186_10154302441179195_7072979951999564636_o 15326039_10154302441019195_8212192483996009526_o 15369987_10154302440989195_8332276762680541139_o 2017-vauxhallinsignia-05

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply