ARKIB

KATEGORI

BuletinGaya Hidup

Tiga peserta pusingan pertama Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton layak ke peringkat akhir

Views

Pusingan pertama Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton telah menarik minat seramai 45 orang juruteknik dari wilayah Selatan, di mana peserta-peserta dari servis selepas jualan yang terbaik akan melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi lawatan insentif dan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. Berlangsung di Proton Edar Plentong di Johor Bahru, pertandingan ini merupakan landasan bagi kakitangan selepas jualan Proton mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Para peserta dari cawangan-cawangan Proton di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka telah diuji untuk membuktikan kemahiran, kepantasan dan ketepatan dalam bidang kepakaran mereka. Semasa pertandingan selama dua hari itu berlangsung, para peserta diuji dengan keupayaan teori dan praktikal melalui tugas membaik pulih enjin yang diberikan di mana mereka dikehendaki untuk membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam tempoh masa 3 jam. Mereka dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan penyelesaian masalah sepanjang proses tersebut.

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd berkata, pertandingan ini memberi peluang kepada kakitangan untuk bersaing dengan rakan sekerja dan mendorong mereka untuk lebih cemerlang kerana ia menunjukkan kedudukan prestasi mereka di dalam bidang masing-masing selaras dengan komitmen syarikat untuk meningkatkan kualiti servis dan produk selepas jualan.

Pada pusingan pertama, seramai tiga orang juruteknik yang terbaik telah disenarai pendek untuk mewakili kawasan Selatan ke peringkat akhir pada September 2018. Mereka ialah, Hairul Bakthiar Mohamad dari Motorwise Sdn Bhd, sebuah Pusat Servis di Pasir Gudang; Muhammad Fahmi Usri dari Proton Edar Sdn Bhd Plentong dan Hairul Nizam Mohd Nor dari Proton Edar Sdn Bhd Melaka.

Empat lagi pusingan pemilihan yang lain yang akan diadakan di Pantai Timur, Utara, Malaysia Timur dan kawasan Tengah, di mana tiga peserta terbaik di setiap wilayah akan bersaing pada peringkat akhir yang akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton pada September. Enam peserta akan memenangi hadiah wang tunai dan lawatan ke Shanghai, China, di mana mereka akan menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely.

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

Muhammad Fahmi bin Usri, 23, juruteknik dari Proton Edar Plentong, Johor, merupakan salah seorang peserta di wilayah Selatan yang telah disenarai pendekkan sebagai salah seorang peserta. Beliau telah berkhidmat di Proton selama hampir dua tahun dan ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini yang dianjurkan oleh syarikat.

Setelah mencapai sebanyak 755 mata pada Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh JD Power pada tahun 2017, Proton telah memulakan pelbagai inisiatif peningkatan kualiti untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018. Skor CSI diukur melalui kajian prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): kualiti servis (32%); inisiasi servis (22%); pengambilan kenderaan (18%); penasihat servis (15%); dan kemudahan servis (13%) dan untuk meningkatkan skor, Proton memulakan aktiviti untuk meningkatkan kecekapan dalaman di setiap kawasan.

Pencapaian terdahulu yang menggunakan sistem audit dalaman Proton yang ketat telah menunjukkan peningkatan dalam skor CSI. Pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) juga telah mengukuhkan kualiti kereta Proton sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh 8 bulan yang lalu. GCPA adalah sistem yang diguna pakai oleh Geely Group yang mengikut piawaian kualiti dari Volvo.

Semua pemilik kereta Proton digesa untuk menghantar kereta mereka bagi servis penyelenggaraan kereta yang ditetapkan di pusat servis yang diiktiraf dan hanya menggunakan alat ganti yang tulen. Proton mempunyai sebanyak 1,365 pusat servis di seluruh negara dengan pelbagai peralatan penentukuran dan pengukuran yang digunakan untuk memastikan hanya juruteknik terlatih yang akan membaiki kereta pelanggan di pusat servisnya.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store. Dengan aplikasi mudah alih yang disediakan, para pelanggan dapat membuat temu janji untuk menyelenggara kereta serta untuk memandu uji kereta Proton. Maklumat mengenai semua model, promosi dan aktiviti oleh Proton, dan juga lokasi bagi semua cawangan Proton turut boleh didapati di hujung jari anda.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!<

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply