Bimbang akan kesesakan lalu lintas pada musim cuti? Waze ingin berkongsi 3 tip yang paling berguna bagi para pemandu Malaysia supaya perjalanan cuti Krismas dan akhir tahun lebih ceria buat anda,
Tip #1. Elak Memandu ketika Waktu Puncak
Berdasarkan statistik perjalanan dari 2016, Waze meramalkan bahawa keadaan lalu lintas akan mula menjadi lebih teruk pada Jumaat, 22 Disember, diantara pukul 1 hingga 3 petang.
Waktu-waktu paling teruk untuk memandu di seluruh Malaysia:
HARI & TARIKH | MASA |
Jumaat Dis-22 (Hari paling teruk untuk memandu) | 1PM – 3PM |
Sabtu Dis-23 | 5PM – 7PM |
Ahad Dis-24 | 12PM – 2PM |
Isnin Dis-25 | 12PM – 2PM |
Selasa Dis-26 | 2PM – 4PM |
Rabu Dis-27 | 1PM – 3PM |
Khamis Dis-28 | 1PM – 3PM |
Jumaat Dis-29 | 12PM – 2PM |
Sabtu Dis-30 | 3PM – 5PM |
Ahad Dis-31 | 12PM – 2PM |
Isnin Jan-1 | 12PM – 2PM |
Selasa Jan-2 | 2PM – 4PM |
Sumber: Data Waze, pemahaman mendalam berdasarkan jumlah pemandu pada setiap jam, Disember 2016
Satu lagi cara untuk mengelakkan waktu perjalanan ketika waktu puncak adalah untuk menjadualkan pemanduan anda menggunakan fungsi Pemanduan Dirancang Waze. Ikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Ketik Menu.
- Ketik pada tab Planned (Dirancang).
- Ketik untuk menambah pemanduan.
- Cari destinasi anda di bar Carian.
- Pilih masa dan tarikh yang anda mahukan untuk tiba di destinasi anda. Kemudian, ketik Simpan.
- Sebaik sahaja anda menetapkan pemanduan akan datang, anda akan melihatnya muncul di tab Planned (Dirancang) dalam panel Menu. Anda juga boleh memilih laluan yang lebih mudah dan mengelak kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas. (Rujuk animasi GIF di bawah).
Tip #2. Elak Kawasan yang mengalami Kesesakan Lalu Lintas
Mereka yang mengembara ke luar Kuala Lumpur pada masa ini juga perlu mengambil perhatian terhadap 5 Negeri yang diketahui telah mengalami peningkatan lalu lintas yang besar sepanjang waktu cuti hujung tahun, terutamanya Melaka, yang mengalami peningkatan sebanyak 1.3 kali ganda.
Negeri-negeri yang mengalami Peningkatan Lalu Lintas Terbesar:
Negeri | Peningkatan Lalu Lintas |
Melaka | 1.3x |
Perak | 1.2x |
Kuala Terengganu | 1.2x |
Sarawak | 1.2x |
Sabah | 1.1x |
Sumber: Data Waze, pemahaman mendalam berdasarkan jumlah pemandu dalam sehari, Disember 2016
Tip #3. Nikmati Perjalanan yang didendangi Lagu Krismas
Sesuatu perjalanan tidaklah begitu meriah tanpa muzik, dan mereka yang pulang ke kampung halaman atau mengambil perjalanan di dalam bandar boleh memeriahkan suasana Krismas mereka dengan memanfaatkan integrasi Spotify di dalam Waze. Hanya dengan menghubungkan akaun Spotify ke Waze pada peranti Android atau iOS anda, senarai main muzik kegemaran anda dari Spotify boleh dimainkan secara automatik dengan satu klik butang apabila anda mula menggunakan Waze.
Anda juga boleh memainkan mana-mana muzik berikut yang sedang sohor kini (trending) di seluruh dunia di Spotify:
- All I Want For Christmas is You, Mariah Carey
- It’s Beginning to Look A Lot Like Christmas, Michael Bublé
- Santa Tell Me, Ariana Grande
- Happy Xmas (War Is Over) – 2010 Digital Remaster, John Lennon
- Last Christmas – Remastered, Wham!
Nikmati perjalanan yang lebih meriah dan cubalah Waze untuk diri sendiri! Anda boleh memuat turun aplikasi Waze sekarang di Google Play Store atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI