ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Perang SUV 2018 – Proton vs Perodua

Views

Pada tahun 2018, arena automotif negara dijangka bakal digemparkan dengan peperangan SUV antara Proton dan Perodua. Walaupun kedua-dua SUV ini akan berada dalam kelas yang berbeza, namun mereka tetap akan bertempur dari segi harga untuk memikat hati pembeli. Walaupun kedua-dua pengeluar ini berasal dari negara yang sama, namun mereka dibantu oleh Rakan Strategik Asing, Proton dengan Geely dari China manakala Perodua bersama Daihatsu dari Jepun.

SUV Proton/Geely Boyue

Proton buat pertama kalinya bakal memperkenalkan SUV yang dibangunkan dari pelantar Geely Boyue, yang merupakan antara SUV terlaris di China. Untuk pasaran Malaysia, Proton bakal menawarkan pilihan enjin 1.8L turbo yang menjana 160hp dengan 250Nm tork dan bermungkinan ada versi 1.5 turbo yang mampu menjana kuasa sebanyak 132KW dengan tork maksima 265Nm dan menepati piawaian pelepasan asap Euro 6.

Untuk versi 1.8L turbo, ia bakal digandingkan bersama pilihan transmisi manual enam kelajuan atau enam kelajuan automatik, manakala versi 1.5 Turbo bakal digandingkan dengan transmisi 7-Kelajuan Dwi-Klac (7DCT). Geely Boyue merupakan SUV bersaiz sederhana yang berada dalam segmen Mazda CX-5, Honda CR-V dan Nissan X-Trail namun Boyue hanya menawarkan lima tempat duduk. Jika KIA mempunyai Peter Schreyer, Geely pula memiliki kepakaran Peter Horbury dan Boyue merupakan salah satu model yang mendapat sentuhannya.

Menurut maklumat risikan kami, Boyue fasa pertama merupakan unit CBU dari China dan bakal diperkenalkan pada suku ketiga atau keempat 2018. Proton akan mula memasang Boyue di Tanjung Malim setelah kilang pengeluaran terbaharu mereka bersama Geely siap sepenuhnya. Kami berpendapat Proton perlu meletakkan tanda harga SUV ini di bawah RM100k untuk menjadikannya lebih kompetitif. Prototaip Geely Boyue pemanduan sebelah kanan telah pun siap dan foto initpannya telah kami siarkan dalam pautan di bawah.

BACA >> http://www.funtasticko.net/intip-prototaip-awal-geely-boyue-pemanduan-sebelah-kanan-sudah-siap/

KLIK UNTUK BESARKAN


* Gambaran SUV Proton Bayu rekaan Saharudin Busri

SUV Perodua (D38L)

Perodua turut mengesahkan mereka bakal mengeluarkan SUV yang bakal diperkenalkan pada penghujung tahun 2018 atau awal tahun 2019. Ini merupakan SUV ketiga yang dikeluarkan oleh Perodua setelah Kembara dan Nautica. Kami berpendapat SUV ketiga Perodua bakal berkongsi pelantar dengan Toyota Rush 2018 dan Daihatsu Terios 2018 yang baharu sahaja diperkenalkan ke pasaran Indonesia. Mengapa kami berkata begitu?

Kami jangka Perodua akan menggangu penguasaan Honda BR-V yang kini bermaharajalela dalam segmen MPV/SUV tujuh tempat duduk kerana trend pembeli kini mula beralih kepada genre SUV yang mampu milik. Selain itu, ia mungkin strategi serampang dua mata kerana model ini juga boleh menggantikan model Alza dan kami yakin Perodua telah belajar dari kesilapan lalu kerana memperkenalkan Nautica yang bersaiz kecil tetapi pada harga yang premium, sekaligus mendapat sambutan yang agak ‘dingin’.

Perodua juga tidak perlu melaburkan wang yang begitu banyak untuk membangunkan SUVnya sendiri, dan hanya perlu berkongsi apa yang ada pada Toyota Rush 2018 dan Daihatsu Terios 2018, cuma yang membezakannya nanti adalah gaya rekabentuk luaran dan dalaman. Spesifikasinya juga mungkin sama dan ditambah dengan teknologi seperti Advanced Safety Assist (A.S.A) dengan beberapa ciri baharu.

Di Indonesia, Toyota Rush 2018 dan Daihatsu Terios 2018 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter Dual VVT-i berkuasa 105 hp dan 140 Nm yang gandingkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik. Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini seperti enam beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan dan Bantuan Mula Mendaki. Julat harga yang kami rasa sesuai untuk model SUV Perodua ini adalah di antara RM65k – RM75k kerana ia bukanlah dalam kategori SUV premium dan harga ini juga mampu membuatkan jualannya ‘laku keras’.

Yang mana satu pilihan anda?

KLIK UNTUK BESARKAN


* Gambaran SUV Perodua Kembara rekaan Idiyaz Baharuddin

BACA >> Daihatsu perkenal kembar Toyota Rush 2018, Terios serba baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Boyue bukanlah SUV mewah tetapi memiliki teknologi enjin terkini dan tahap keselamatan yang tinggi.. Diletakkan dalam segment-C SUV pacuan hadapan dan pacuan 4 roda real time.. Jarak roda lebih pendek dan ketinggiannya lebih rendah jika dibandinkan dengan Daihatsu Terios 2018..

    Daihatsu Terios 2018 lebih sesuai di rebadged sebagai MPV Alza berbanding SUV.. Daihatsu Terios hanya ditawarkan pacuan roda belakang sahaja.. Walaupun jarak roda Terios lebih panjang dan ketinggiannya lebih tinggi berbanding boyue, Terios dijangka lebih mampu milik daripada boyue..


    • proton masih tak belajar pasaran market malaysia ke? sudah tentu rakyat malaysia beli suv perodua kerana 7 tempat duduk.

      sepatutnya strategi proton ialah fokus kepada apa pasaran mahu, bukan apa pasaran perlukan. perodua faham ini dan sekarang jualan mereka mencanak naik kerana faham dengan kehendak rakyat.

      boyue tu nampaknya bakal menjadi kenderaan CEO atau pegawai kerajaan. ahli bisness rasanya takkan beli kerana mereka lebih gemar kereta jepun dan eropah berbanding kereta dari china. malahan market china dan malaysia juga berbeza kerana di sana rata-rata rakyatnya hanya memili 1-2 anak sahaja berbanding rakyat malaysia


  • New mpv/suv perodua model should have 7 seaters with 2 + 3 seat arrangement for second and third row like new honda freed. Second row with pilot seat and an individual air cond & reading lights. Thanks

Leave a Reply