ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Century generasi baharu buat penampilan di Tokyo Motor Show 2017

Views

Jarang sekali kita mendengar mengenai model ini kan? Model paling eksklusif di Jepun, Toyota Century telah diperkenalkan pada tahun 1967 dan namanya telah diberi sempena ulang tahun kelahiran yang ke-100, pengasas syarikat tersebut, Sakichi Toyoda. Rekabentuknya kekal tidak berubah selama dua dekad, namun pada edisi Tokyo Motor Show 2017, Toyota memperkenalkan generasi baharu Century.

Model saloon perdana ini mungkin boleh membuatkan anda sedikit terkeliru dan menganggapnya sebagai kereta keluaran tahun 1990an, kerana rekabentuknya yang klasik dan bersegi, tetapi ia sebenarnya telah mengalami sedikit evolusi berbanding model terdahulu. Dari depan, Toyota Century tampil dengan jeriji yang besar persis kereta mewah seperti Bentley dan Rolls Royce, lampu depan berbentuk segi empat dan rim aloi pelbagai-cabang.

Apabila pintu dibuka, ruang dalamnnya memperlihatkan pelbagai perkakasan moden, seperti sistem infohiburan, paparan panel meter digital, dan sistem hiburan di tempat duduk belakang yang menggabungkan gaya klasik dengan susun atur yang minimalis. Selain itu kemasan kayu, tempat duduk dengan balutan kulit/bulu, sistem audio premium, meja tulis dan lain-lain adalah merupakan antara ciri-ciri standard atau pilihan.

Buat masa ini, Toyota masih belum lagi mendedahkan spesifkasi model Toyota Century generasi baharu, tetapi menurut maklumat dari Carscoops.com, ia bakal mendapat penjana kuasa 5.0-liter V8 petrol dan motor elektrik yang memacu LS 600h, serta pek bateri nikel-hidrogen. Harga bagi model ini juga masih belum diumumkan, tetapi mereka yang berada di luar Jepun jangan terlalu berharap kerana Toyota masih belum mempunyai perancangan untuk menjualnya ke pasaran luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply