ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota dan Lexus tawar jaminan lanjutan kepada lima tahun sehingga September 2016

Views

Mulai hari ini, UMW Toyota dan Lexus Malaysia memperkenalkan pakej jaminan tambahan yang dinaikkan kepada lima tahun untuk semua model Toyota di Malaysia tanpa had perbatuan (mengikut terma dan syarat). Jaminan ini terpakai untuk semua model pemasangan tempatan dan diimport sepenuhnya yang didaftarkan mulai 1 April 2016.

Pemilik sedia ada yang ketika ini mendapat jaminan selama tiga tahun boleh melanjutkan tempoh jaminan kepada lima tahun (tanpa had perbatuan) dengan sekali caj, bergantung kepada model. Lanjutan ini ditawarkan mulai 1 April 2016 sehingga 30 September 2016. Pelanggan yang mendaftar juga bakal menerima pakej servis MaxCheck Advance secara percuma.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata “Kenderaan keluaran Toyota dibina dengan standard kualiti yang tinggi dan reputasi jenama ini cukup terkenal dengan produk yang dipercayai serta tahan lasak. Lanjutan tempoh jaminan membuktikan kami cukup yakin dengan kenderaan kami dan proses pengeluarannya.”

Lexus 5YEARS Warranty Logo

Tawaran ini hanya sah untuk kenderaan yang diedarkan oleh UMW Toyota dan wakil pengedarnya. Jaminan ini turut disokong sepenuhnya oleh Toyota Motor Corporation dan UMWT.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki, pula berkata ” Dengan lanjutan tempoh jaminan ini, kami mampu meningkatkan nilai kenderaan Toyota Kenderaan serta keyakinan pelanggan dalam produk kami. Beliau turut memaklumkan jaminan tersebut juga sah untuk kenderaan-kenderaan komersil seperti Hilux dan Hiace.

Pemilik perlu mematuhi selang servis berjadual yang perlu dilakukan di pusat servis Toyota yang bertauliah. Penggunaan alat ganti bukan tulen dan perubahan teknikal yang tidak dibenarkan atau diluluskan oleh UMWT akan membatalkan jaminan tersebut.

Beberapa model mungkin mempunyai jaminan meliputi komponen tertentu yang berasingan daripada jaminan lima tahun. Sebagai contoh, pek bateri untuk model hibrid Toyota mempunyai tempoh jaminan selama lapan tahun. Jaminan tertentu juga disediakan untuk komponen seperti tayar dan bateri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas-tol Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682)

8457_04 5yearsW_PressAd_TheStar_37cmX26.1cm Toyota 5YEARS Warranty Logo Lexus 5YEARS Warranty Lexus 5YEARS Warranty Logo

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply