ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Fortuner turun harga RM16K selepas diiktiraf EEV

Views

Inilah masa yang sesuai untuk memiliki sebuah Toyota Fortuner! Berkuatkuasa serta-merta, harga Toyota Fortuner 2017 telah diturunkan sehingga RM 16,000.00 stelah ia mendapat pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan. Insentif ini merupakan sebahagian dari program Polisi Automotif Kebangsaan (NAP).

Berikut ialah harga baharu Toyota Fortuner di Semenanjung Malaysia (termasuk insurans):

Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 – RM 183,800
Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×4 – RM 175,400

Untuk memenuhi kriteria EEV, Fortuner yang dilengkapi enjin 2.7-liter petrol dan 2.4-liter turbodiesel telah ditala untuk memenuhi kecekapan tinggi bahan api dan ia secara tidak langsung membolehkan pemiliknya memandu lebih jauh dengan 80 liter minyak untuk satu tangki penuh. Selain itu, transmisi automatik elektronik enam-kelajuan membolehkan penukaran gear yang optimum untuk kecekapan bahan api yang lebih baik.

Fortuner merupakan model keempat Toyota yang menerima status EEV dari Camry, Vios dan Innova baharu. Ia turut mendapat pengiktirafan lima-bintang ASEAN NCAP dan menjadi SUV 4X4 pertama diberi pengiktirafan EEV selain harganya yang mampu milik. Varian Fortuner yang berspesifikasi paling tinggi dilengkapi lampu utama Bi-LED, pintu but belakang berkuasa, tujuh beg udara, VSC dan transmisi enam kelajuan berturutan (sequential) dengan paddle shifter. Seperti model Toyota lain yang dijual oleh UMWT, Fortuner didatangkan dengan waranti lima tahun penuh dan tanpa had batuan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Program NAP berkaitan kenderaan EEV yang diberikan insentif amat bagus.. Kenderaan EEV di Malaysia perlu diberi insentif lebih besar di masa akan datang.. Manakala kenderaan yang tidak diiktiraf EEV perlu dikenakan cukai yang tinggi dimasa akan datang.. Itu yang sepatutnya..

Leave a Reply