ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Kerja penyelenggaraan dalam Terowong Genting Sempah dihentikan pada musim perayaan

Views

ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dalam Terowong Genting Sempah akan ditangguhkan seketika mulai Jumaat, 20 Januari hingga Isnin, 13 Februari 2017 sempena cuti musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Pengumuman ini adalah tambahan kepada kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat, 6 Januari sebelum ini berkenaan jadual kerja-kerja penyelenggaraan terowong.

Ia juga selaras dengan arahan kerja oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) yang tidak membenarkan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan pada musim perayaan. Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof berkata, tarikh penangguhan seketika kerja dalam terowong ini adalah bagi memberi ruang kepada pengguna untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Seri Liow Tiong Lai pula positif dan yakin dengan langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh ANIH Berhad dalam pengurusan trafik seterusnya mengurangkan masalah kesesakan ketika pelaksanaan kerja-kerja tersebut. Sementara itu, Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, mulai 10 Januari ini, laluan kontra akan diaktifkan dari Isnin hingga Khamis sahaja, iaitu daripada jam 8 pagi hingga 5 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

peta-laluan-kontra

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply