ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Land Rover Discovery Sport berenjin diesel kini dibuka

Views

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd telah memperkenalkan SUV kompak premium Land Rover Discovery Sport dengan pacuan enjin diesel. Inilah masa terbaik untuk memilikinya kerana SUV kompak premium 5+2-tempat duduk yang serba boleh ini ditawarkan bersama pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan. Pelan ini membolehkan anda merasai nikmat pengembaraan dengan rakan dan keluarga. Selain itu ilihan rebat tunai turut ditawarkan.

Land Rover Discovery Sport 2.2L SD4 Diesel dipacu oleh enjin turbodiesel 2.2-liter, 190PS dan 420Nm terbukti yang digandingkan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan untuk memberikan kesempurnaan prestasi, kecekapan, penglibatan pemandu dan keupayaan di luar jalan raya yang tiada tolok bandingan. Discovery Sport 2.2L SD4 ditawarkan pada harga RM450,000. (Harga termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan raya, pendaftaran dan insurans.)

Menurut Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia Sdn Bhd, Datuk Aishah Ahmad, Discovery Sport yang dipacu enjin diesel menawarkan kombinasi kuasa, tork dan penjimatan minyak yang hebat untuk membawakan pemanduan luar biasa di atas jalan raya dan keupayaan luar jalan terbaik di kalangan kenderaan setarafnya yang selama ini mengangkat nama Land Rover.

land rover discovery sport diesel 2

Setiap Discovery Sport 2.2L SD4 disediakan bersama waranti 5-tahun atau 150,000km, penyenggaraan terjadual percuma selama 5-tahun atau  80,000km dan bantuan tepi jalan 3-tahun, yang mana lebih awal. Reka bentuk berani dan progresif Discovery Sport, yang menggabungkan susunan tempat duduk 5+2 dan keutuhan reka bentuk dan kejuruteraan dalam ruang kompak yang lebih kecil daripada kebanyakan SUV 5-tempat duduk biasa, adalah unik dalam segmennya. Reka bentuk unik terselaras ini disokong oleh ciri kebolehgunaan yang mendahului kenderaan setarafnya: dengan tahap penglihatan keseluruhan yang cemerlang, serta ruang dalam dan muatan (sehingga 1,698L) yang mudah dicapai dan dioptimumkan sepenuhnya.

Kenderaan ini menggabungkan pilihan inovasi kejuruteraan daripada Land Rover, termasuk gandar belakang berbilang pautan generasi akan datang; kerangka badan terkini yang diperbuat daripada campuran keluli kekuatan tinggi dan aluminium ringan. Gandar belakang berbilang pautan serba baru ternyata ada kelebihan, membolehkan Land Rover untuk memperkenalkan tempat duduk 5 + 2 kepada segmen baru sambil menawarkan prestasi luar jalan terbaik di kalangan kenderaan setaraf dan tahap ketangkasan yang luar biasa.

Sebagai sebuah Land Rover, Discovery Sport menawarkan prestasi semua muka jalan yang tiada tandingan dengan keupayaan mengharung sehingga 600mm, dengan sudut menaik, menurun dan pelepasan yang optimum dan Sistem Tindak Balas Permukaan (Terrain Response® System).

land rover discovery sport diesel 1

Ciri Terrain Response® membolehkan stereng, tindak balas pendikit, kotak gear, pengganding tengah dan sistem brek/kestabilan Discovery Sport disesuaikan secara khusus dengan keperluan permukaan. Sistem ini mempunyai empat penetapan: Am; Rumput/Kelikir/Salji (untuk keadaan licin di atas dan di luar jalan); Lumpur dan Lopak; dan Pasir.

Discovery Sport telah dibina mantap dengan ciri keselamatan aktif dan pasif terkini. Pakej keselamatan pemandu dan penumpang yang komprehensif termasuk sejumlah tujuh beg udara – pemandu dan penumpang, lutut, dan tirai sisi dan toraks. Ciri keselamatan lain termasuk Kawalan Penurunan Bukit (HDC®), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS), Bantuan Permulaan Bukit, Kawalan Kestabilan Olengan (RSC), dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

Jaguar Land Rover Malaysia akan menganjurkan Jualan Istimewa di Bilik Pameran pada hujung minggu 20 dan 21 Ogos 2016. Marilah merebut pelbagai promosi yang ditawarkan untuk seluruh rangkaian model Land Rover dan Range Rover. Untuk maklumat lanjut atau mengatur sesi pandu uji, sila kunjungi cawangan jualan terdekat atau layari www.landrover.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

land rover discovery sport diesel 1 land rover discovery sport diesel 2 land rover discovery sport diesel 3 land rover discovery sport diesel 4 land rover discovery sport diesel 5 land rover discovery sport diesel 6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply