ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios 2018 kini dibuka untuk tempahan

Views

Peminat fanatik Toyota pastinya akan teruja dengan berita ini! UMW Toyota Motor (UMWT) telah membuka tempahan bagi model Toyota Vios 2018 dengan beberapa perubahan kosmetik luaran dan dalaman yang lebih menarik. Toyota Vios 2018 masih lagi kekal dengan enam varian yang sama seperti model sebelumnya iaitu J (Manual/Automatik), E (Automatik), G (Atomatik), GX (Automatik) dan TRD (Automatik).

Apa ciri-menarik Toyota Vios 2018?

  • Semua varian Vios diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
  • Pengesan parkir sebagai peralatan standard (varian TRD, GX dan G sahaja).
  • Sistem infohiburan DVD-AVX dengan kamera undur. Standard untuk semua varian kecuali varian J (Manual/Automatik).
  • Monitor Panorama dan Perakam Video Digital ditawarkan sebagai aksesori pilihan.
  • Antena ‘Sirip Jerung’.
  • Sil pintu bercahaya (Illuminated Scuff Plates).

Harga Toyota Vios 2018 – Semenanjung Malaysia (kecuali Langkawi) :

  • Varian 1.5 J (Manual) – RM74,980
  • Varian 1.5 J (Automatik) – RM77,980
  • Varian 1.5 E (Automatik) – RM81,980
  • Varian 1.5 G (Automatik) – RM87,980
  • Varian 1.5 GX (Automatik) – RM90,980
  • Varian 1.5 TRD Sportivo (Automatik) – RM93,980

* Harga atas jalan termasuk GST, tidak termasuk insurans.

Semua model Toyota baharu yang dijual oleh UMWT didatangkan dengan waranti selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. Waranti ini boleh dipindah kepada pemilik baharu sekiranya kenderaan itu dijual dalam tempoh tersebut. Untuk membuat tempahan sila kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply