ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota VIOS generasi baharu dilancarkan di Thailand!

Views

531572_501932396533299_1849693855_n

Toyota telah melancarkan model VIOS generasi baharu dilancarkan di Bangkok International Motor, Thailand. Gambar-gambar semasa pelancaran ini telah diambil dari laman Facebook AllNewViosClub. Model ini menggunakan wajah baharu keluarga Toyota yang telah diperkenalkan pada model RAV4 dan Furia Concept. Enjin 1.5 liter 1NZ-FE yang mampu menjana 109 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm pada 4,200 rpm dengan kotak gear automatik empat kelajuan masih lagi dikekalkan untuk VIOS generasi baharu.

Layari laman web www.toyota.co.th untuk lihat model ini lebih terperinci. Bilakah model ini akan diperkenalkan di Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


  • info tambahan dari paultan

    2013 Toyota Vios Thailand Market Prices:

    Toyota Vios 1.5S Auto – 734,000 Thai baht (RM77,625)
    Toyota Vios 1.5G Auto – 699,000 Thai baht (RM74,028)
    Toyota Vios 1.5E Auto – 649,000 Thai baht (RM68,733)
    Toyota Vios 1.5E Manual – 614,000 Thai baht (RM64,933))
    Toyota Vios 1.5J Auto – 589,000 Thai baht (RM62,289)
    Toyota Vios 1.5J Manual – 559,000 Thai baht (RM59,117)

    kita tengok harga kat sini bila model ni dah launch nanti, hehehe 🙂


  • look can be deceiving :-). Kalu dugong pun laku, inikan plak yg bleh dikatakan cun, mmg akan hangat dipasaran. Klu kat thailandpun g spec jual rm 74k, brp agak2nya kat malaysia? Klu yg lama, rasanya dlm 85k ++, mgkin around tuh kot, tp klu cukai turun nanti, ikut afta, mesti dpt beli vios g rega rm 60k, atau mgkin rm 30k kat malaysia. Sapa tahu. Hrp2 jadi kenyataan, dptlah pkai kete nippon plak pasnih.

    Tp syg, kete dh cun, tp spec xcun. Tp nk wat camne, bak kata omputih, if aint broken, why fix it kan. So, on positive side, sekurang2nya, sparepart secondhand n sparepart enjin n gbox mmg murah n mudah didapati sbb dh 3rd generation pkai yg sama. so, xdalah pening kpl. Lgpun, enjin n gearbox lama nih dh terbukti jimat minyak, reliable n bla…bla…bla…yg masalah vios sblm nih, bkn enjin@gearbox@esp@airbags n sbgainya, masalahnya cumelah rupe jek cam dugong. So, engineer toyota bekerja keras utk menjadikan supaya vios nih sempurna, so, tadaa….kan dh sempurna….

    Haishhhhh….keciwa bebenor hamba.


  • nanti bile launch kat malaysia, bila tanya, nape xda vsc, jawabnya mengikut kajian kami, rata2 pelanggan kami komplen pasal rupe dugong jek, xpenahpun ckp nak vsc. Lgpun, kete kami dh mantop.

    Nape 2 airbags jek premium spec? Xperlu byk2 airbags, kete kami kuat n mematuhi piawaian antabangsa n eropah. Cube tgk yaris, kan mematuhi piawaian eropah. Vios=yaris, ada paham.

    Pada masa yg sama, rata2 pelanggan kami xperlukan lebih airbags, sebab logo toyota jek dh cukup, lebih bgs dr airbags. Lgpun kete lain pun jual 2 airbags jugak, buat aper nk bg lebih, bleh untung byk2. Lgpun, kan miti kontrol spec kete n rega kete, sbb tuh rega kete vios kami kat thailandpun agak mahal n spec dia rendah, sbb miti control, klu miti xcontrol, camne kete prtn nk djual dithailand.

    Ok…ok…understood …. :-).


  • walaubagaimana pun, credit where its due. Aku puji geng2 toyota, yg mana prtn perlu belajo. Pertama, pemilihan kaler interior, nampak mewah, walupun monotone, tp itu subjektif.

    Kedua, walupun hard plastik, tp dia immitate mcm ada stiches@jahitan, seolah2 balut kulit dashboard dia. Teknik ni toyota dh guna kat camry br, walupun camry baru pkai soft plastik, tp xblt kulit. Tp yg nih hard, tp nampak keanggunan dia.

    Ketiga, utk tutup ketidak canggihan audio dia, dia pkai digital a/c cntroller warna biru, yg lebih menyerlah supaya org terpersona ngan a/c controller dr audio headunit dia. Diversion yg bijak, pada masa sama jimat kos.

    Seat blkg 3 headrest, bg effect seolah2 seat lebar, dan cermin tingkap sisi blakang,jauh dr c pillar, seolah2 kete tuh panjang, walupun wheelbase dia same,n roof ditinggikan ckit utk bg effect space.

    Dan utk meninkatkan lg jimat minyak dia, guna eps n eco indicator. Taktik yg cukup bijak, sbb org xbeli vios sbb ride n handling dia, tp sbb minyak jimat. Dgn ada eps, dpt membantu lg, eco indicator yg plg berkesan sbb ia melibatkan kaki kanan kita.

    So, secara xlangsung, tanpa modifikasi enjin, vios br akan jadi lebih jimat dr vios lama yg enjin sama.

    Klu tgk pada interior, mmg cukup bijak, nampak mewah, byk cut cost dr segi lain sbb bg target diaorg loyal customer, yg mementingkan brand, reliability n fc.

    Klu tgk,trend dunia dimata akulah, klu di usa, yg penting style, sbb tuh honda anto accura, nissan jukebox kat sana, toyota anto scion kat sana. Safety xdalah utama sgt bg pengguna sana(tp nhtsa antra terbaik utk mengkaji keselamatan kete, tp kat sana, naik moto custom, kete custom, xpkai helmet, xda masalahpun).

    Di europe plak, safety 1st, kedua, kualiti interior. Design, asalkan xhodoh, bleh jual. Sbb tuh kete pkai hard plastik akan kena maki, yg safety kurang kena maki.

    Diasean plak, brand yg pertama, kedua reluabity, ketiga fc. Sbb tuh toyota xberani gamble bg enjin n gbox yg terlatest dimarket asean, tkt klu ada prob, akan mencalar imej brand dan reliabiliti toyota.

    Diasia plak, mementingkan kecanggihan. Sbb tuh, kat china sekalipun, kete toyota mmg canggih.

    Aku hrp prtn dpt blajo satu dua menda dr toyota. Aper2pun, tahniah buat designer toyota sbb bg aku, ini merupakan vios tercantik yg pernah terhasil walupun ada gak part2 yg agak nampak cam xkena. Overal design, inside n outside,thumb up. Hok lain, sume thumb down.


  • Aku boleh terima enjin sama walaupun dah carry over hampir 12 tahun. Tapi aku tak dpt terima toyota masih bagi 4 speed auto.
    Tapak chasis pun masih sama. Kiranya kete ni mmg dah melanggar undang-undang pembuatan kereta jepun.
    Sbb jual kat SEA je


  • yg pasti sales Proton akan terjejas teruk jika DRB tak keluarkan model terbaru… coz, harga dah bertambah murah & public prefer kenderaan yg kurang masalah & jimat minyak macam toyota..


  • price kat thai pun overprice walaupun buat kat sane…sepatutyer dlm baht 500-600k!
    harge kalo kat bolehland mngkin dlm extra RM10-15k


  • rupa tu subjektif.
    pd aku skali tgk, cantik elantra.
    hari2 tgk, rasa messy jugak curves tu.

    mmg aku ske la vios2013, exteriornye sbb:
    design petak+curve.
    simple+kemas

    dr inerior aku kureng sket sbb:
    lubang airkon kanan kiri tu kecik, cukup ke nk sejuk?
    xde skrin tgh2, xnmpk moden.
    skali imbas overall dashbod dia nmpk cm dashbod saga (kot2 mata aku kero la kn)


  • Agree with Mat. Be critical and make ‘continuous improvement’ to always be at the front..
    Mmg, we can say all the negatives ones but putting up positive attitudes and effort pay us back, that what I think local boys should do.


  • Isu cantik tak cantik terpulang pada mata masing-masing. Pada saya, Vios ni cantik juga. Cuma bahagian belakangnya agak kurang minat.

    Kalau rakyat ASEAN masih menerima Toyota dengan spesifikasi & feature begini, nampaknya jauh lagilah kita nak dapat Toyota seperti di Eropah.

    Jika diikutkan, sepatutnya harga jual Vios sekarang patut lebih murah. Tiada kos R&D enjin dan kotak gear, dan besar kemungkinan chassis lama di-recycle semula. Teknologi lama, tapi harga baru? Adakah kita di ASEAN hanya layak utk terima setakat ini sahaja daripada Toyota?

    Key point saya kali ini ialah:

    1) ‘All New’ Vios ni cantik.
    2) We ASEAN deserved better product.


  • Adakah Halal dan Toyibah? Kita boleh kata berbagai tentang mana-mana produk yang kita gunakan tiap hari. Tapi kita tak terfikirkan kesannya secara mendalam. Lebih dalam dari aspek fizikal dan teknikal ataupun bayangan.

    Dahulu orang tak kisah pasal Coke atau Starbucks. Sekarang dengan Ilmu yang telah dicurahkan di hadapan mata, adakah kita melihat dengan mata hati bila membuat pilihan? Bila kita berilmu adakah kita mengamalkan ilmu itu?

    Adakah perlu menunggu 31 Ogos tahun ini bila Jalur Gemilang berkibar lagi di Tahtbai dan Narathiwat sekali lagi baru kita sedar. Adakah kita kena tunggu orang Rohingya mendarat di Kuala Kedah baru hijabmu terbuka?


  • Kalau diperhatikan, Toyota sudah ‘lari’ dari tema design biasanya (tema uncle & ah beng). Kerana mengikut kehendak pelanggan kini. Perubahan design yang sama dapat dilihat pada Altis & Camry. Toyota juga masih mengekalkan 4 speed auto kerana reliability & walaupun 4 speed auto, ianya jauh lebih smooth daripada Saga FLX yang jerking pada gear rendah. Perkara yang sama berlaku dengan Preve. Kemasan dalam yang lebih baik pada Toyota. Satu dua perkara yang Proton boleh baiki lagi terutamanya pada kemasan kualiti dalaman.

    All prayers for Proton.

Leave a Reply