ARKIB

KATEGORI

Buletin

TPAD gesa MOT perjelas arahan henti operasi inDrive dan Maxim

Berita Tempatan

Views

Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) tampil menyuarakan kebimbangan terhadap arahan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang menggesa dua penyedia perkhidmatan e-hailing antarabangsa, inDrive dan Maxim, menghentikan operasi mereka di Malaysia selewat-lewatnya 24 Julai 2025.

Arahan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, baru-baru ini.

Dalam kenyataan rasmi, TPAD mengakui keperluan kawal selia demi keselamatan dan keteraturan awam, namun menegaskan bahawa sebarang keputusan besar yang memberi kesan langsung kepada rakyat harus disertakan dengan penjelasan terbuka, berlandaskan data yang kukuh, dan kajian menyeluruh.

Presiden TPAD, Nathan Mathivanan berkata, banyak pemandu khususnya di kawasan luar bandar memilih platform seperti inDrive dan Maxim kerana tawaran fleksibiliti dan struktur komisen rendah.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat

inDrive dikenali sebagai platform dengan komisen terendah di pasaran, sekali gus membolehkan pemandu menjana pendapatan yang lebih stabil.

Ujarnya, bagi ramai pemandu, ini adalah punca rezeki utama. Persoalannya, jika persaingan dikurangkan, adakah pasaran yang tinggal mampu menjamin kebajikan pemandu?

TPAD turut memberi amaran bahawa kesan terhadap pengguna juga tidak boleh dipandang ringan. Kurangnya pilihan penyedia boleh menyebabkan kurangnya persaingan harga, sekali gus berisiko menaikkan tambang dan menurunkan kualiti perkhidmatan.

TPAD menyatakan bahawa Malaysia masih belum memiliki struktur tambang yang disarankan kerajaan seperti di beberapa negara lain, yang boleh menjamin keadilan dalam pasaran.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron

Sehubungan itu, TPAD menggesa:

  • MOT dan APAD tampil menjelaskan asas perundangan dan rasional di sebalik arahan ini.
  • Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menilai risiko wujudnya monopoli atau pasaran tidak kompetitif.
  • Ahli Parlimen dan pakar dasar mengkaji semula landskap e-hailing negara secara menyeluruh, menekankan aspek kemampuan, aksesibiliti, dan kebajikan pemandu.

TPAD menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar soal pematuhan lesen, tetapi menyentuh mobiliti harian rakyat, kesejahteraan ekonomi ribuan pemandu, dan keperluan mengekalkan pasaran terbuka dan adil.

Sebagai suara pemandu dan pengguna, TPAD komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan, industri dan masyarakat sivil demi masa depan sektor e-hailing yang inklusif, mampan dan berpaksikan rakyat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply