ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S terbesar di Terengganu dirasmikan

Views

Honda Malaysia merasmikan pusat 3S terbesar di Terengganu yang dimiliki oleh Syarikat Tan Eng Ann Sdn. Bhd. (Syarikat Tan Eng Ann). Dengan jalinan kerjasama sejak dari tahun 1975 , pembukaan pusat ini bakal memberikan perkhidmatan lepas jualan dan servis yang lebih baik untuk pelanggan di Terengganu.

Dengan pelaburan mencecah RM18 juta, Syarikat Tan Eng Ann telah berpindah ke tapak baharu yang lebih luas (2.5 ekar) dengan binaan bangunan yang berkeluasan 30,572 kaki persegi yang merangkumi pusat jualan, servis dan alat ganti. Pusat servis kini mempunyai 18 ruang yang mampu mengendalikan sehingga 80 kenderaan sehari. Ia turut dilengkapi dengan lounge untuk pelanggan, lounge eksekutif, servis Wi-Fi percuma, pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans, ruangan kanak kanak dan surau. Syarikat Tan Eng Ann turut bercadang untuk menjadikannya sebagai Pusat Honda 4S dengan membina pusat Badan dan Cat dalam masa dua tahun lagi.

02-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre_showroom

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr. Katsuto Hayashi berkata, “Honda Malaysia akan terus menawarkan produk dengan nilai terbaik untuk wang dan pakej terbaik keseluruhan. Saya gembira melihat usaha yang dilakukan oleh Syarikat Tan Eng Ann untuk menaik taraf, berkembang dan berpindah ke kemudahan baharu dan luas ini.”

Honda City merupakan model No.1 paling laris dalam segmennya di Pantai Timur. Negeri Terengganu sahaja telah menyumbang 19 peratus jualan keseluruhan Honda Malaysia di Pantai Timur dari bulan Januari hingga Ogos 2016. Wilayah Pantai Timur turut menyumbang 8 peratus dari jumlah keseluruhan jualan Honda Malaysia, 55,764 unit dari bulan Januari hingga Ogos 2016. Keputusan ini mengekalkan kedudukan pertama dalam segmen bukan-nasional dan kedua keseluruhan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sehingga Ogos 2016.

Untuk membuat temujanji, pelanggan boleh menghubungi Syarikat Tan Eng Ann (Honda 3S Centre) di talian 09-667 1796 atau layari laman sesawang www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

01-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre_showroom-exterior 02-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre_showroom 04-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre_comfortable-customer-lounge 05-dsc_9631_vips-celebrating-official-opening-of-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre-with-a-ribbon-cutting-ceremony 06-dsc_9643_vips-with-the-plaque-commemorating-the-official-opening-of-syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre 08-dsc_9718_syarikat-tan-eng-ann-honda-3s-centre-general-manager-leading-vips-on-a-tour-including-to-the-well-equipped-service-bay-area

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply