ARKIB

KATEGORI

Buletin

Triumph Motorcycles Malaysia lancar kempen promosi Ramadan dan Syawal selama dua bulan

Views

Sempena bulan Ramadan dan kedatangan Syawal yang bakal menjelang, Fast Bikes Sdn Bhd, Pengedar Ekslusif Motosikal Triumph di Malaysia mengumumkan promosi jualan seluruh negara bermula hari ini. Kempen selama dua bulan yang akan berakhir pada 25 Julai 2017 bakal menyaksikan sejumlah 21 unit model akan ditawarkan rebat tunai, diskaun kedai dan hadiah percuma. Semua model yang ditawarkan dalam promosi tersebut merupakan model keluaran dari tahun 2015 (motosikal unit terakhir) sehingga model semasa tahun 2017.

Enam model ikonik moden klasik British, Street Twin, T120, Thruxton R, Street Scrambler, T100 dan Street Cup akan ditawarkan rebat tunai sehingga RM3,000 dan diskaun kedai bernilai RM3,000. Untuk model Explorer 1200 (XR dan XCX) pula akan ditawarkan rebat tunai RM5,000 dan RM500 diskaun kedai. Bagi model Tiger 800(XRx dan XCx), rebat tunai RM2,000 dan diskaun kedai RM1,000 turut ditawarkan dan ini termasuk pemberian keranjang beban aluminium (aluminium pannier) secara percuma.

Fast Bikes Sdn Bhd turut menawarkan rebat kedai sehingga RM500 bagi model Street Triple 2017 (RS dan S). Untuk model Street Triple R generasi sebelumnya pula akan ditawarkan rebat tunai RM10,000, sekaligus menjadikan harganya sangat berpatutan RM46,900 (termasuk GST tetapi tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Selain itu, tawaran menarik bagi pembelian aksesori motosikal dengan pakej aksesori bernilai lebih dari RM7,000 akan ditawarkan pada harga RM3,000 sahaja!

Ini termasuklah Arrow Exhaust (RM4,891), flyscreen (RM1,274.15) dan tankbag (RM947.31) yang jumlah keseluruhannya bernilai RM7,112.50. Aksesori ini juga boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, Datuk Razak Al-Malique Hussain, promosi terkini dari Triumph Motorcycles merupakan usaha berterusan mereka untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.

Kunjungi Bilik Pameran Premium Perdana Triumph Motorcycles Malaysia yang terletak di Petaling Jaya, Selangor atau hubungi +603.7960.9007 untuk maklumat lanjut. Untuk pelanggan yang berada di Selatan, kunjungi cawangan di Johor Bahru, Johor atau hubungi +607.207.3007. Bagi pelanggan di wilayah Utara, kunjungi wakil pengedar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau hubungi +604.501.6669, manakala untuk yang berada di Pulau Pinang, operasi cawangan di Georgetown telah berpindah ke fasiliti yang lebih besar demi memberikan khidmat terbaik buat pelanggan dan mereka boleh dihubungi di talian +604.227.1007.

Untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, jenama ini diwakili oleh wakil pengedar di Kuching, Sarawak yang boleh dihubungi di talian +6014.887.7166, manakala cawangan di Kota Kinabalu, Sabah pula boleh dihubungi menerusi talian +6019.308.8881.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply