ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CR-V serba baharu lebih canggih – Tempahan kini dibuka

Views

Model SUV yang paling dinantikan tahun ini, generasi kelima Honda CR-V kini dibuka untuk tempahan. Model ini direka sepenuhnya dan merupakan sebuah SUV premium dengan pelbagai ciri tercanggih. Ia menetapkan tahap keselamatan, pemanduan, rekabentuk, keselesaan ruang dalaman, kemudahan dan fungsi serta keluasan dalam Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan teknologi keselamatan termaju Honda SENSING dan ciri bantuan-pemandu. Teknologi Honda SENSING merupakan ciri keselamatan aktif generasi masa depan yang membantu pemandu dengan memberikan amaran dan membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan impak perlanggaran. Ia menampilkan penggunaan kamera monokular dan radar gelombang millimeter untuk membolehkan penglihatan lebih jelas dan sebagai langkah keselamatan tambahan.

Kamera monokular diletakkan di bahagian atas cermin hadapan dan radar gelombang millimeter pula berada di dalam jeriji hadapan untuk memastikannya mencapai ketepatan yang jitu, kerana ia menggabungkan kekuatan radar untuk mengesan objek dan kamera untuk mengenalpasti objek. Suite keselamatan Honda SENSING menampilkan tujuh ciri-ciri utama, antaranya ialah Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Sistem Mengekori dalam Kelajuan-Rendah (LSF), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Pencegahan Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Pencegahan Keluar Jalan (RDM), dan Amaran Keluar Lorong (LDW) yang memberikan pemandu Bantuan Pemanduan, Pencegahan Perlanggaran Hadapan dan Pencegahan Perlanggaran Sisi.

Selain Honda SENSING, CR-V serba baharu buat julung kalinya juga dilengkapi dengan enjin 1.5L VTEC turbocharged yang digandingkan bersama transmisi CVT yang telah dipertingkatkan. Dibangunkan di bawah Teknologi Honda Earth Dreams, penjana kuasa baharu ini mammpu menghasilkan lebih kuasa kuda dan daya kilas berbanding model terdahulu – sehingga 193 PS pada 5,600 rpm, sekaligus menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang unggul.

CR-V serba baharu kini lebih besar berbanding model terdahulu, berukuran 4,584 mm (panjang), 1,855 mm (lebar) dan 1,679 mm (2WD) atau 1,689 mm (4WD) tinggi dengan jarak roda 2,660 mm. Lega tanahnya pula berukuran 198 mm untuk pacuan dua roda atau 208 mm untuk untuk pacuan empat roda. Honda turut mengatur semula ruang kargo, yang kini bertambah dan mampu memuatkan kapasiti barangan sehingga 1,084 liter apabila tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.

Antara ciri-ciri standard untuk kesemua varian model CR-V serba baharu adalah enam beg udara, kamera undur, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Kemasukan Pintar dan Butang Penghidup Enjin serta tambahan lapan sensor untuk varian yang lebih tinggi. Dengan menampilkan rekabentuk yang maskulin, moden dan lebih aggresif, CR-V serba baharu kini lebih menyerlah dan bergaya dengan kehadiran lampu nyalaan siang LED berbentuk sayap serta lampu hadapan LED, lampu belakang dan brek LED, spoiler belakang dan rim aloi dua-tona.

Pelanggan turut berpeluang untuk melihat sendiri CR-V serba baharu buat pertama kali di beberapa lokasi siri jelajah yang terpilih seperti di bawah:

Tempahan kini boleh dibuat di mana-mana antara 91 pengedar sah Honda dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply