ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan Grab meterai MoU tawar khidmat nilai tambah untuk pemandu GrabCar

Views

Perodua dan Grab Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menawarkan perkhidmatan nilai tambah bermula dari pakej harga istimewa sehingga kadar sewa beli yang kompetitif khusu untuk pemandu GrabCar. MoU tersebut telah ditandatangani di Pusat 3S Perdana Perodua, Petaling Jaya antara Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin dan Sean Goh, Ketua Grab Malaysia.

Ia turut disaksikan oleh by Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua dan En. Nick Tan, Pengarah Grab Inc. Datuk Dr Zahari berkata, MoU ini merupakan sempadan baharu, lautan biru bagi Perodua yang bakal mengetengahkan produk mereka skala besar menerusi Grab.

Antara butiran dalam memorandum tersebut termasuk pakej harga istimewa menerusi Bahagian Korporat dan Jualan Kerajaan Perodua yang membolehkan pendaftaran kereta dalam masa yang singkat untuk pemandu Grab, pusat sehenti untuk servis dan alat ganti, insurans dan cukai jalan (pengeluaran dan pembaharuan).Tambah beliau lagi, pakej harga istimewa buat masa ini hanya untuk model Bezza, Myvi dan Alza.

Sebagai peneraju platform perkongsian kenderaan dan pelbagai perkhidmatan atas talian, Grab akan memberi tumpuan berterusan untuk memberdayakan 620 juta orang di rantau Asia Tenggara mendapatkan akses yang lebih baik kepada sistem pengangkutan yang selamat, cekap dan berpatutan. Grab mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia, dengan kehadiran di 20 bandaraya dan bandar utama di seluruh negara yang turut meliputi Langkawi, Kuching, Miri dan Kota Bahru.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply