ARKIB

KATEGORI

Buletin

Triumph Motorcycles pembekal enjin Moto2 bermula 2019

Views
Introducing the Triumph Moto2 765cc triple engine

Sah! Triumph Motorcycles telah diumumkan sebagai pembekal ekslusif enjin menggantikan Honda bagi Kejohanan Dunia FIM Moto2TM bermula musim 2019 selama tiga tahun. Kontrak pembekalan enjin tiga silinder berkapasiti 765cc talaan perlumbaan yang berdasarkan enjin Triumph Street Triple 2017 itu telah ditandatangani bersama pemegang hak komersil MotoGPTM, Dorna.

Penjana kuasa baharu ini merupakan pembangunan signifikan enjin Daytona 675R yang merupakan pemenang bagi kategori supersports di perlumbaan Isle of Man TT, Daytona 200 dan Kejohanan Supersports British pada 2014 dan 2015. Ia berdasarkan spesfikasi tertinggi enjin 765cc dari Street Triple RS yang berkuasa 123PS pada 11,700rpm dan 77Nm Tork pada 10,800rpm. Untuk kegunaan Moto2TM beberapa pengubahsuaian telah dilakukan, antaranya:

  • Pengubahsuaian kepala silinder dengan menyemak semula inlet dan port ekzos bagi mengoptimumkan aliran gas
  • Injap titanium dan spring injap yang lebih keras untuk meningkatkan rpm
  • Kit alternator perlumbaan Output Rendah untuk mengurangkan inersia
  • Nisbah gear satu lebih tinggi
  • Klac yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan yang boleh ditala
  • Unit Kawalan Enjin (ECU) khusus untuk perlumbaan yang dibangunkan bersama Magneti Marelli
  • Penutup enjin yang direka semula untuk mengurangkan lebar
  • Sump serba baharu

Lebih dari 80 komponen baharu berbanding dengan enjin generasi sebelumnya, termasuklah peningkatan pada jara dan lejang (bore and stroke). Antara komponen enjin terbaharu termasuklah:

  • Engkol baharu
  • Omboh baharu
  • Con-rod baharu dan aci pengimbang (balancer shaft)
  • Tong aluminium yang disadur dengan Nikasil
  • Kotak gear yang disemak semula

Nak dengar bunyi enjin Moto2 Triumph? Jom tonton video diatas!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply