ARKIB

KATEGORI

Buletin

SNS Kembara dinaiktaraf, kini telah dibuka

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), rakan pengedar ekslusif Ford Motor Company di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula bilik pameran dan pusat servis Ford yang telah dinaiktaraf – SNS Kembara Utama Sdn Bhd (SNS Kembara), Ipoh, Perak. Bilik pameran SNS Kembara direka mengikut standard Jenama@Runcit Ford global, termasuklah penambahan ruangan servis dengan alat pengangkat kenderaan untuk memastikan khidmat terbaik buat pelanggan.

Fasiliti yang dinaiktaraf ini juga dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini Ford dan semua kakitangan SNS Kembara, termasuk juruteknik, jujurual dan kakitangan servis telah mendapat latihan yang diiktiraf oleh Ford secara global. Ia turut dilengkapi sebuah lounge yang membolehkan pelanggan berehat sambil menikmati Wi-Fi, minuman panas dan snek secara percuma.

SNS Kembara Utama Sdn Bhd terletak di Lot 11855, Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak. Bilik pameran dibuka mulai jam 8:30pg-5:30ptg dari hari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 11:00pg-4:00ptg pada hari Ahad, manakala waktu operasi pusat servis bermula dari jam 8:30pg-5:30ptg dari hari Isnin hingga Sabtu. Untuk maklumat lanjut hubungi hotline SNS Kembara di talian 05-5293987 atau layari laman sesawang www.sdacford.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply