ARKIB

KATEGORI

Buletin

TULAR : Kes gaduh di R&R Gambang, laporan polis telah dibuat – ANIH Berhad

Views

Berikutan dari penularan video kes pergaduhan antara penggerai dengan pemandu bas ekspress yang berlaku di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur pada jam 1.30 pagi, 24 Disember 2018, ANIH Berhad dalam satu kenyataan media yang telah dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Lebuhraya Pantai Timur memaklumkan, pihak mereka sedang menyiasat video insiden berkenaan.

Pihak syarikat berasa amat kesal dengan kejadian berkenaan dan ingin memaklumkan bahawa laporan polis berhubung insiden telah pun dibuat. Sekiranya didapati bersalah, kakitangan penggerai berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya mengikut prosidur tetap operasi syarikat.

JOM BACA >> MESTI BACA : Lepas buat ‘kira-kira’ lelaki ini ‘tak jadi’ beli Proton X70. Kenapa ye?

ANIH Berhad juga ingin menegaskan bahawa segala tindakan yang dibuat kakitangan terbabit merupakan tingkah laku peribadinya dan ia tidak menggambar atau melambangkan prinsip syarikat. Syarikat juga tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang terlibat yang boleh menggugat kesejahteraan dan keselamatan pengunjung dan ketenteraman awam.

Oleh itu, sebagai pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), syarikat ingin memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna dan ketenteraman awam adalah keutamaan mereka. Kami harap kes ini diselesaikan secepat mungkin dan mereka yang bersalah dikenakan tindakan yang sewajarnya.

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply