ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

Views

Ketika Perodua sedang galak menayangkan foto dan video acah SUV baharu mereka, satu foto kelibat yang berkemungkinan besar model tersebut sedang diangkut oleh treler telah dimuat naik ke laman Twitter. Yang menariknya foto tersebut bukan dikesan di Malaysia, tetapi di negara kelahiran Ultraman dan Kamen Rider, iaitu Jepun.

Mengapa kami katakan kelibat SUV dalam foto tersebut adalah milik Perodua kerana ia masih lagi ditutup pada bahagian bar tengah dan juga bampar. Jika dibuat perbandingan, memang bentuk dan ketebalan bar tengah serta lekuk reka bentuk pada bampar SUV tersebut sama dengan SUV Perodua.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)

Yang menjadi persoalan ketika ini, apakah yang dibuat oleh SUV Perodua di negara tersebut? Ada beberapa kemungkinan, salah satunya ia mungkin dihantar ke Daihatsu, Jepun untuk membuat penilaian akhir atau mungkin juga pada masa yang sama ia akan menjalani ujian kemalangan di makmal ujian Institut Penyelidikan Automobil Jepun (JARI) yang terletak di Tsukuba, Tokyo.

Pada kami perkara ini sememangnya rutin biasa untuk semua model baharu keluaran Perodua. Semalam Perodua telah memuat naik video acah pertama SUV terbaharu mereka di laman Facebook rasminya.  Video berdurasi 40 saat itu merangkumkan semua foto-foto acah yang telah dimuat naik sebelum ini.

SUV ini dijangka dilancarkan pada bulan Januari 2019 dan menurut maklumat beberapa sumber yang boleh dipercayai, nama ARUZ telah dipilih oleh Perodua untuk model tersebut. Dikatakan juga julat harganya nanti akan berada antara RM65,000 hingga RM75,000 seunit. Nantikan kemunculan kembar Toyota Rush dan Daihatsu Terios ini tidak lama lagi!

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply