ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Lepas buat ‘kira-kira’ lelaki ini ‘tak jadi’ beli Proton X70. Kenapa ye?

Views

SUV premium pertama keluaran tempatan, X70 masih lagi ‘panas’ di bilik pameran Proton dan ada beberapa pemilik awal yang bertuah kini sedang memandunya di jalan raya. Dengan harga yang bermula dari RM99,800 untuk varian Standard 2WD hingga RM123, 800 untuk varian paling mewah Premium 2WD sudah pastinya ia bukanlah murah untuk ‘rakyat marhaen’. Tetapi jika harganya dibandingkan dengan model SUV yang ‘sekufu’ dengannya, ia merupakan model yang paling murah, mewah dan canggih!

Namun pada individu yang bernama Munir Kamaruzaman, model X70 varian Premium 2WD mempunyai kos pemilikan ‘agak tinggi’ dan beliau terpaksa melupakan hajatnya buat masa ini setelah membuat kira-kira. Beliau turut kongsikan ‘kiraan kos’ tersebut ke laman group Proton X70 Community Malaysia (X70CM).

Berikut adalah kiraan kos pemilikan X70 varian Premium 2WD yang dikongsikan oleh beliau:

Varian – Premium 2WD
Harga – RM123, 800.00
Insurans – RM3,531.00
Kadar faedah – 2.5 peratus selama 9 tahun
Bayaran muka – RM12,380.00

JOM BACA >> INTIP : SUV Perodua dihantar ke Jepun?

Ansuran / komitmen bulanan:

1. Pinjaman kereta – RM1,303.84 (peruntukan)

2. Premium insurans + cukai jalan:
–  Untuk tahun pertama NCD 20 peratus = RM2,453.93
–  Cukai jalan = RM359.70
–  Jumlah untuk setiap tahun = RM2,813.63 (Premium insurans akan berkurangan setiap tahun bergantung kepada NCD)
–  Peruntukan bulanan = RM2,813.63 dibahagi kepada 12 bulan = RM234.50

3. Servis utama (major) pada setiap tahun ketiga atau perbatuan 60,000km (yang mana terdahulu) = RM1,269.66
–  Peruntukan bulanan = RM1,269.66 dibahagi kepada 36 bulan = RM35.30

4. Penggatian tayar (disyorkan selepas 3 tahun atau 60,000km)
–  Saiz dan jenama tayar – 225/55/R19 Continental UC6 = RM621 seunit x 4 unit = RM2,484.00
–  Peruntukan bulanan = RM2,484.00 dibahagi kepada 36 bulan = RM69

Jumlah keseluruhan untuk komitmen bulanan = RM1,303.84 + RM234.50 + RM35.30 + RM69 = RM1,642.64

Ini bermakna setiap bulan anda perlu ada peruntukan sebanyak RM1,642.64 untuk memiliki sebuah X70 varian Premium 2WD. Sebenarnya kiraan beliau tidak termasuk dengan kos petrol, tol dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung anda perlu ada paling tidak RM2,000.00++ sebulan untuk menjaga X70 varian Premium 2WD.

Apa yang kami tahu, Proton hanya memberi jaminan selama 5 tahun atau 60 bulan atau 150,000km tanpa had perbatuan hanya untuk enjin serta komponen khas sahaja manakala untuk beberapa komponen lain yang hanya diberi waranti selama 3 tahun atau 36 bulan atau 60,000km (yang mana terdahulu). Komponen tersebut antaranya termasuk kotak gear transmisi automatik, penyerap hentak, kabel, cat, hon, regulator pintu, penghidup (starter), alternator, gegelung pencucuh, tali sawat, pengecas turbo, termostat, plet tekanan klac, sensor penggerak, brek cakera, suis lampu, unit info hibur, motor pengelap, paip ekzos dan lain-lain.

Untuk bateri pula Proton hanya memberikan waranti selama setahun atau 20,000km manakala komponen ‘haus dan lusuh’ seperti tayar, pad brek, plet geseran klac, penapis udara, penapis pendingin hawa, penapis minyak enjin dan petrol, palam pencucuh, bateri alat kawalan jauh, mentol lampu, bilah pengelap, fius dan geganti (relay) (tidak termasuk unit kawalan bersepadu) hanya diberi waranti selama 3 bulan atau 5,000km.

Fuh! Boleh tahan juga kos pemilikan X70 varian Premium 2WD ni kan? Tapi anda kena ingat, SUV ini adalah dalam kategori mewah dan hanya mereka yang ‘berduit’ sahaja mampu memilikinya, bukan untuk mereka yang mempunyai prinsip songsang “biar papa asal bergaya”. Yang paling penting “kena ukur baju di badan sendiri” terlebih dahulu.

Akhir kalam, “tepuk dada tanyalah selera” dan buatlah pilihan yang bijak. Selamat membeli!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Video acah pertama SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • Kira-kira begini bukan sahaja tertakluik kepada yang nak beli X70 aje.
    Yang nak beli Axia kosong pun sama.
    Kalau gaji RM1500;
    i) bulan-bulan instalment je dah RM400, ada tinggal berapa lepas tolak EPF/SOCSO? RM1380.
    ii) lepas tu Axia tu kena isi minyak bila nak gerak, dah RM300 lagi sebulan
    iii) Naik kereta tu kena tol, RM200 lagi melayang.
    iv) 60k km tukar tayar? RM150x4 biji = RM600 (sebulan RM50)
    v) servis 3 bulan sekali, RM250 (sebulan RM84)
    vi) insurans dengan road tax ah RM1,130 setahun (sebulan RM94)

    Total?
    RM1128 je nak tampung kereta tu. Baki gaji lepas EPF? RM1380.

    So nak makan sebulan? RM1380 – RM1128 = RM252

    Sewa rumah? Baju? Simpan kahwin? PTPTN? semua ke laut. Last-last pi la AKPK.


    • Aku gaji RM20,000 sebulan pon bawak myvi pergi kerja. Yang nak pakai X70 ni kena rasa gaji berapa sebulan baru “selesa” nak bawa?

      Cukup2 la salesman proton nak tegakkan benang yang basah. Dah terang bersuluh X70 proton mahal nak mampos ?


      • Kalau sesiapa yg nak beli Honda yg sama taraf dgn suv Proton ni, maknanya lebh dr mampu la. Pasalnya Honda CRV tu 1.5CC je nak banding dgn SUV Proton ni 1.8CC. Harga dah tentu mahal Honda kan sebab namanya Honda. ?✌? tapi kakau org ada duit kurang sikit taoi nak bergaya macam mewah tapi masih dlm kategori mampu, boleh la pilih SUV Proton ni. Cantik bergaya dan masih lagi rendah dr Honda dlm 20K +-


    • sebab tu kewujudan BAS dan LRT/KTM perlu dimanfaatkan.
      Pakai kete second je. aku pakai GEN2 taruk NGV.

      Begini perkiraan baginda.
      Gaji RM6,XXX
      1) instalment RM0. da abes bayar kete second. dulu instalment rm275 untuk 8 tahun So letak = RM275
      2)kos NGV RM4,500 (da abes cover 3 tahun dulu) so kalo baru nak jinak2 NGV spread over 36 months EPP installment = RM125
      2)minyak? full tank untuk 2 bulan Rm80/2bulan= RM40. (minyak guna untuk start atau naik bukit je)
      3)Gas isi seminggu sekali leh gi 180km (tangki 88L) RM 17 X4 kali seminggu = Rm68 (purata perjalanan sehari 35-40km)
      4)Tol takleh jimat. RM200 sebulan (ni tolak kat Bini kalo bleh. kalo naik kete sama, kasi dia bayar sikit la)
      5) 60k KM tukar tayar? 195-55-15 Dunlop D05 Rm150X4 = Rm600/12bulan = RM50
      6) servis ikut mileage 7k. so kira 3 kali setahun = Rm150X3= RM450/12 = Rm37.50
      7) insuran roadtax dah NCD 55% so Rm 350 insuran+roadtax Rm68.(NGV dapat diskaun 25% roadtax) RM418/12 = Rm35
      Total?
      RM830.50 monthly.

      lebihan duit tu beli rumah, ni tak. aku tengok budak2 fresh grad keluar Honda City jazz teruih, pastu tekial2 nak bayo, duit tu bukan nak bayo kete je keje. ada lagi tanggungjawab len
      1. Bagi mak bapak 15% gaji (untuk keberkatan)
      2. bagi adik adik kita yg masih skolah duit belanja Rm50 sorang
      3.Derma surau/masjid mingguan (solat jumaat)
      4.Kasi bini nafkah lagi
      5. duit makan bini ngan diri sendiri
      6. bayar rumah. takkan nak menyewa/tumpang mak bapak seumo idup.
      7.bil api air
      8.susu anak
      dan so on.

      memang niat ati nak tukau kete baru, tapi apakan daya, gaji baginda begini pon tak cukup selesa untuk dipotong bank untuk monthly instalment.

      so moral of story,
      takyah beli kete kalo dekat ngn public transport. beli kete second if takda pilihan.
      Utamakan Keperluan. kehendak bleh tunggu.


    • Nak jimat basuh keta sendiri, klu hntr car wash pun masak jugak nak membayarnya. Klu hntr car wash pun amik yg murah punya; cuma cuci luar, vacum tapaya, basuh enin tapaya.


  • kalau nak kira details, sebenarnya kos pemilikan kereta tu sendiri dah tinggi. Kebanyakan orang just tengok pada instalment bulanan sahaja.
    Itu sebab bila duit mula tak cukup, servis tak on time, bila rosak sana sini, pengeluar kereta jugak kena kondem.


  • Aha..! Cantik kira² Saudara Munir..

    1 – X70 premium = RM1,642.64
    2 – rumah = RM 1,350.00
    3 – Bill utility = RM2,000.00(approximately)
    4 – elaun isteri = RM 1,000.00
    5 – elaun 3 anak² = RM 1,500.00
    6 – elaun khas = RM2,000.00 (jika ada keperluan sahaja)
    7 – belanja dapur = RM 2,000.00(approximately)
    8 – PTPTN (suami+isteri) = RM550.00 (yay)
    9 – 2 x kereta sedia ada = RM 1,550.00 (termasuk petrol)
    10 – simpanan tetap = RM1,000.00
    11 – Tabung percutian keluarga = RM1,000.00 (ditambah elaun khas jika tidak digunakan bulan tersebut)
    12 – tabung kecemasan =RM1,000.00 (ditambah elaun khas jika tidak digunakan bulan tersebut)
    13 – tabung pendidikan anak² = RM1,000.00 (jika anak dapat biasiswa, jadi tabung majlis kahwin…. Hehehe)
    Lain² keperluan termasuk dalam elaun khas jika ada..
    Jumlah = RM17,592.64 (belanjawan bulanan)
    ***kiraan mungkin ada kesilapan, bergantung kepada bajet masing²

    Gaji bersih RM17,000.00 (deficit)
    Hahaha lari bajet… Tapi jika tolak no.9, trade in 2 buah kereta, masih dalam lingkungan bajet dan masih ada surplus (lebihan).. Surplus boleh topup no.8, PTPTN..

    P/s : contoh perbelanjaan bulanan, tiada kaitan dengan penulis :p


  • X70 tu based on Volvo.., XC40 ,tu sebab sparepart X70.. 55% drp. Volvo, aku dengar pon ngeri bhai..mmg x mampu nak pakai & buat maintenance..???


  • X70 tu based on Volvo.., XC40 ,tu sebab sparepart X70.. 55% drp. Volvo, aku dengar pon ngeri bhai..mmg x mampu nak pakai & buat maintenance.. ada???


    • Dah tengok live. Memang built & fit dia jauh berbeza daripada proton semasa, dan lebih elok dari Toyota dengan Honda CKD kat Shah Alam dengan Alor Gajah tu. Semua rasa solid, tidak flimsy, dan takde gap antara sambungan komponen. Kalau 15 tahun lepas Proton macam ni, takdelah China beli proton gamaknya.


  • Bagus..kalau tak jadi maknanya dia ukur baju di badan sendiri..tapi tajuk artikel misleading nak nampakkan macam proton tak bagus dan mahal..tunjuk sekali gaji si munir ni berapa..


  • Lepas baca pengiraan saudara Munir, kalau pinjaman loan kereta jenis macam ni pun nak ambil sampai 9 tahun, nampak sangat la tidak mampu nk memiliki kereta ini.

    Rakyat marhaen sepatutnya beli kereta mengikut kemampuan & keperluan diri. Jika sampai perlu berhutang sampai 9 tahun atau lebih, anda mmg x mampu la nk beli sesuatu kereta itu. Lebih baik beli kereta yg lg murah yg tidak perlu ambil loan sampai 9 tahun.

Leave a Reply