Info dan gambar daripada Arish Qutb Ahmad Khan
Quester, siri trak tugas berat terbaru daripada pengeluar trak Jepun, UD Trucks Corporation, dengan rasminya telah dilancarkan dan diperkenalkan oleh Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia semalam. Quester yang dibangunkan berasaskan kepada platform trak tugas berat yang baru dan moden telah direka untuk memenuhi pelbagai fungsi dan aplikasi di dalam industri perlombongan, pembinaan, pengedaran dan pengangkutan jarak jauh di pasaran Asia yang sedang pesat berkembang dan ia akan melangkah lebih jauh lagi. Pelancaran ini melambangkan komitmen dan dedikasi UD Trucks untuk memperkukuhkan lagi kehadiran mereka dan bersaing di dalam pasaran di Malaysia.
Mr Tan Keng Meng, Pengarah Eksekutif, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd berkata, “Tan Chong Industrial Equipment telah menjadi pembekal tunggal bagi UD Trucks di Malaysia selama lebih daripada 35 tahun dan produk serta jenama UD Trucks telah dikaitkan sebagai peneraju pasaran di Malaysia semenjak sekian lama. Kami mengalu-alukan pelancaran Quester yang baru ini di pasaran.”
Mr Joachim Rosenberg, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Volvo dan Pengerusi UD Trucks berkata, “Dengan Quester, UD Trucks kini memasuki era baru dengan memperkenalkan siri trak tambahan yang direka khas untuk pasaran yang sedang pesat berkembang.”
Terkini, Tan Chong Industrial Equipment telah menjadikan UD Trucks sebagai salah satu jenama pengeluar yang menerajui pasaran di Malaysia dengan sejumlah 42,000 kenderaan yang dikeluarkan oleh UD Trucks kini berada di jalan raya di Malaysia. Trak terbaru ini merupakan perintis di dalam platform rekaan baru yang canggih dan ia mempamerkan hasrat Kumpulan Volvo untuk memperkukuhkan lagi nilai jenama UD Trucks mencapai tahap jenama global – jenama yang telah sekian lama dikaitkan dengan ketahanan, kekuatan dan kualiti. UD Trucks telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Volvo semenjak tahun 2007 lagi.
Melalui Quester, UD Trucks menawarkan kepada pasaran; kenderaan komersil Jepun untuk tugas berat yang mampu dimiliki dan boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis aktiviti pengangkutan, namun mempamerkan pengunaan bahan api yang sangat baik serta kelajuan purata yang tinggi. Dibangunkan dengan inspirasi kepelbagaian guna, Quester menawarkan kepada pelanggan pengalaman unik yang mana ia sesuai digunakan untuk pelbagai fungsi pada harga yang mampu dimiliki di dalam kelasnya dan tiada kenderaan lain seumpamanya di pasaran buat masa kini.
Mengulas lanjut, Mr Tan turut menyatakan bahawa Tan Chong Industrial Equipment dan UD Trucks berkongsi hubungan kerja yang utuh dan unik di dalam lipatan sejarah industri kenderaan komersil dan kedua-dua syarikat komited sepenuhnya untuk memperluas dan mempertingkatkan warisan dan pengaruh jenama ini di Malaysia. Tan Chong Industrial Equipment akan mempamerkan Quester di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) bermula minggu ini dari 14hb hingga 24hb November di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
KLIK UNTUK BESARKAN FOTO
Boleh lawan dengan Volvo van Damme tu….
Sehebat mana di war-warkan truck dan bas UD atau Hino, barang2 Japan ni smpai skrg xboleh nk beat brg2 Eropah.. at least Volvo FL12 pun.. jauh skali lah nk capai tork hebat mcm Scania P/R/Higline series yg sgt cekap, jimat minyak dan emission yg plg rendah..Simple test.. mendaki bukit je.. awal2 lg UD/Hino/Fuso/Isuzu makan asap dgn MAN, blum lg lawan dgn FL-FM series Volvo.. dgn Scania? tkpyah lawan lah.. confirm makan asap.. itulah kehebatan teknologi Engine and handling heavy vehicles.. Japan mana ada pikir kepala truck nk letak air-suspension ballon.. bg mereka truck ialah truck..tp Europe pikir truck blh jd luxury car..