ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit ujian Jaecoo J7 AWD tiba di Malaysia, bakal dilancarkan tahun 2024

Berita Tempatan

Views

Satu lagi jenama automotif dari China, Jaecoo bakal tiba di Malaysia pada tahun 2024. Jaecoo merupakan sebuah jenama global dalam Kumpulan Chery yang direka khas untuk pasaran antarabangsa.

Model pertama yang bakal dilancarkan nanti adalah model SUV, Jaecoo J7 AWD. Di China, model ini dipasarkan sebagai Chery Tansuo 06.

Buat masa ini, spesifikasi Jaecoo J7 AWD untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan. Namun, SUV segmen C ini dijana oleh enjin 1.6-liter turbo yang menghasilkan 186 PS dan 275 Nm daya kilas di pasaran China.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dan kuasanya disalurkan kepada semua roda (AWD).

Baru-baru ini, dua unit terawal Jaecoo J7 AWD pemanduan kanan telah tiba di Malaysia untuk ujian jalan raya bagi memenuhi piawaian prestasi dan keselamatan tertinggi.

Ini termasuk pratonton eksklusif kepada wakil pengedar sah dan pelabur yang berpotensi menjelang pembukaan bilik pameran, serta permulaan inisiatif pemasaran pra pengenalan awal menjelang pengenalan rasminya tahun depan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Serentak dengan itu juga, Jaecoo telah melancarkan akaun Facebook rasminya iaitu Jaecoo Malaysia, manakala laman sesawang rasmi untuk Malaysia dijangka akan siap pada Januari 2024.

Jaecoo Malaysia juga telah memulakan program perekrutan wakil pengedar sah dalam persediaan pengenalan model pertamanya tahun depan.

Para pengedar kereta dan pelabur yang berminat boleh menghubungi wakil rangkaian yang ditetapkan untuk maklumat lanjut, Puan Mandy Yip di 6013-36666 55, dan emel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply