ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Kalau ada Proton S70 Wagon, mungkin ini la rupanya

Impresi Artis

Views

Di negara kita, kereta jenis station wagon atau estate agak kurang digemari masyarakat yang ‘lebih gemar’ kepada kenderaan pelbagai guna atau MPV.

Namun, itu bukan penghalang buat sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin@Theottle untuk menggambarkan visual Proton S70 Wagon.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dengan rekaan ‘sedan tiga kotak’ konvensional, bentuk badan Proton S70 sebenarnya sangat sesuai untuk diolah kepada bentuk station wagon atau estate.

Theo dilihat menambah bahagian bumbung belakang yang disambungkan terus dengan ‘ekor’ sedan sedia ada. Tingkap kecil pada tiang-D juga dilebarkan dan kelihatan sedikit curam untuk menampilkan gaya lebih sporty.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Rel para bumbung (roof rail) juga ditambah, manakala rekaan belakang hanya berbeza pada bentuk cermin, selebihnya masih sama seperti lampu dan juga bamparnya.

Hasilnya, sebuah station wagon atau estate yang kelihatan segak dengan gaya rekaan ala Eropah. Apa yang pasti, kita hanya ‘boleh berangan-angan sahaja’ kerana Proton tidak akan mengeluarkan versi tersebut.

Ini kerana model asalnya iaitu Geely Emgrand juga tiada versi yang sedemikian, waima di pasaran China sekali pun. Apa pendapat anda mengenai Proton S70 Wagon versi Theottle ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin@Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply