ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Geely uji prototaip MPV, mungkinkah ini bakal pengganti Exora?

Views

Semasa nak mencari maklumat mengenai MPV baharu Geely, kami terjumpa sebuah laman forum di youjuhui.geely.com yang memuatnaik dua keping foto intipan model tersebut. MPV yang diberi nama kod VF11 itu masih sarat dengan mod penyamaran, tetapi kita dapat melihat rupa luarannya secara kasar. Geely VF11 sebenarnya adalah versi pengeluaran model konsep Geely MPV Concept yang telah dipertontonkan di Auto Shanghai 2017.

BACA >> RISIK : Perancangan masa depan Proton sehingga 2020

Ia dikatakan bakal menjadi pengganti Emgrand EV8 dan ia juga berpotensi sebagai model gantian Exora yang semakin dimamah usia. Menerusi artikel sebelum ini, kami telah berjaya melakukan risikan mengenai pelan masa hadapan Proton sehingga 2020 dan model pengganti Exora akan diperkenalkan selewat-lewatnya pada penghujung dekad ini.

Difahamkan model MPV Geely VF11 bakal ditawarkan dengan pilihan penjana kuasa dengan sesaran 1.8 liter TGDi atau 2.0 liter. MPV dengan konfigurasi tempat duduk 2+2+3 ini bakal menampilkan rekabentuk elegan dengan lampu belakang yang menggunakan jalur cahaya LED. Kami yakin model produksi MPV Geely VF11 ini tidak terlalu jauh berbeza berbanding dengan model konsepnya yang memang sangat mengujakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply