ARKIB

KATEGORI

Buletin

Versi terkini Honda MSX 125 SF diperkenalkan – Tampil dengan warna dan jalur hias baharu

Views

Boon Siew Honda telah memperkenalkan versi terkini Honda MSX 125 SF yang didatangkan dengan variasi warna baharu yang lebih segar serta jalur hias baharu untuk menyerlahkan lagi penampilannya. Ia kini boleh di dapati dalam variasi  warna hijau Incredible Green, oren Halloween Orange, biru Splendid Blue dan merah Gayety Red.

MSX 125 SF mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember 2016. Walaupun kelihatan luar biasa, MSX 125 SF terbaru masih memiliki keterampilan motosikal konvensional dengan adanya ciri ciri moden untuk keselesaan penunggang.

Apa yang menarik mengenai versi terkini Honda MSX 125 SF?

  • Ia masih mengekalkan paparan papan pemuka LCD digital.
  • Penggunaan lampu LED gaya projektor dan lampu belakang LED turut dikekalkan.
  • Dikuasakan oleh enjin 125 cc silinder tunggal 4-lejang sejukan udara dan digandingkan bersama kotak gear empat kelajuan oleh sistem cekam plat basah berbilang (multiplate wet clutch).
  • Kuasa maksimum 9.7 hp (7.2kW) pada 7,000 rpm, dan tork maksimum sebanyak 11.0Nm dicapai pada 5,250 rpm.
  • Tangki minyak berkapasiti 5.7 liter.
  • Fungsi Penghidup Elektrik Auto yang mudah dihidupkan dengan bekalan bateri 3.5 Ah 12 volt.
  • Kerangka jenis tulang belakang dengan dimensi 1,755 mm, panjang 730 mm dan tinggi 1,000 mm.
  • Berat hanya 104 kg  dengan isian minyak penuh.
  • Sudut capai atau caster sebanyak 25° menghasilkan jarak capai 81 mm.
  • Jarak tapak roda sebanyak 1200 mm.
  • Ketinggian tempat duduk 760 mm, dengan lega bumi sebanyak 155 mm.
  • Suspensi hadapan adalah dari jenis topang teleskopik terbalik (telescopic upside down type).
  • Penyerap kejutan tunggal monoshock di belakang.
  • Roda 12 x MT 2.75 dengan tayar 120 / 70-12 51L di bahagian depan.
  • Roda 12 x MT 3.50 dengan tayar 130 / 70-12 56L di bahagian belakang.
  • Brek cakera hidraulik di kedua-dua roda depan dan belakang.

Harga Honda MSX 125 SF 2018:

VarianHarga
MSF 125 SFRM 10,499

Harga yang disyorkan dengan 0% GST tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

JOM BACA >> Boon Siew Honda Lancar Honda Impian X Yang Pertama Di Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply